ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Impresi Artis

Views
Proton Satria Theo

Sebut sahaja nama Satria, pasti ramai akan teringat mengenai model hatchback tiga pintu legenda Proton ini kan? Agak malang, legasi nama Satria itu telah terhenti setakat generasi keduanya, iaitu Satria Neo.

Banyak versi Satria yang tersohor, paling diingati adalah Satria GTi, Satria R3, Satria Neo R3 dan juga Satria Neo R3 Lotus Racing yang hanya ada 25 unit sahaja di muka bumi.

Seperti biasa, jika ada gambaran digital secara manipulasi foto, sudah pasti nama Theophilus Chin adalah individu yang sentiasa disebut-sebut warganet.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kali ini “The Fudger” tampil dengan karya terbaharunya, iaitu Satria Theo dan nama yang diberikan itu adalah sempena dengan namanya sendiri.

Untuk menghasilkan gambaran digital ini, Theo telah mengubahsuai model hatchback Lynk & Co 02 menjadi sebuah model tiga pintu yang kemudiannya diterapkan dengan elemen rekaan Geely dan akhirnya diolah kepada sebuah model Proton.

Bentuk Satria Theo ini nampak agak “montok” dengan profil badan yang lebar dengan kehadiran lengkung tayar yang menonjol, sama seperti model Satria Neo.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Sekilas pandang dari arah depan, Satria Theo lebih mirip pada model Volvo, namun kehadiran elemen rekaan Ethereal Bow dan Inifinite Weave pada bahagian jeriji telah berjaya menjadikannya sebuah Proton.

Kami sebenarnya lebih tertarik pada sebuah lagi versi iaitu ‘ Black Edition” yang jika dibuang semua elemen Proton, ia kelihatan seperti sebuah model hatchback dari Mercedes-Benz. Di belakang, banyak elemen rekaan model Geely diguna pakai, terutama sekali pada bahagian lampunya.

Secara keseluruhan, rekaan Satria Theo ini nampak global dan banyak dipengaruhi oleh gaya reka bentuk model Eropah yang ringkas dan kemas. Secara jujurnya, kami memang meminati rekaan sebegini, anda pula bagaimana?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply