ARKIB

KATEGORI

Buletin

Satu-satunya Bentley Continental GT V8 S Convertible warna-warni untuk dijual, harga RM2.27 juta

Berita Global

Views

Sebuah kereta Bentley edisi khas yang direka dengan kerjasama artis terkenal, Sir Peter Blake dijangka akan dijual pada harga £400,000 (RM2.27 juta), lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Menurut K! ONLINE, Sir Peter Blake terkenal kerana telah mencipta reka bentuk kulit album Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band 1997 yang dikeluarkan oleh kumpulan muzik rock Britain, The Beatles.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Pada 2016, Sir Peter beralih kepada mencipta reka bentuk kereta Bentley yang berwarna-warni, Continental GT V8 S Convertible yang telah dibeli dengan harga £250,000 (RM1.42 juta).

Harga kereta tersebut kini boleh mencecah dua kali ganda apabila dijual di syarikat pelelong Bonhams pada 3 Mac akan datang.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ia disembur dengan warna-warna yang terang dengan satu lukisan hati berwarna merah dilukis diatas bonetnya yang berwarna kuning.

Tandatangan pereka itu diukir pada bahagian tengah papan pemuka bahagian penumpang hadapan dan disulam pada kusyen kepala pada setiap tempat duduk.

Kereta tersebut dijana oleh enjin 552 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi mencecah 321.87 km/j. Ia direka dengan pemanduan hanya 1,287.48 kilometer dalam satu jam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply