ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sayang kereta punya pasal – Seorang lelaki sanggup pakir kereta di ruang tamu, bimbang dibadai taufan Dorian

Berita Global

Views

Macam-macam! Betul la selama ini ‘kaki kereta’ kata, kereta ibarat ‘isteri kedua’ mereka. Ini terbukti benar apabila seorang ‘kaki kereta tegar’ bernama Randy Jalil sanggup meletakkan kereta BMW E30 M3 miliknya dan Volkswagen GTI 1984 milik rakannya di ruang tamu rumah bagi mengelakkan kedua-dua kereta tersebut rosak dibadai taufan Dorian (tiada kena mengena dengan buah durian).

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Sebenarnya ini bukan kali pertama Jalil buat ‘kerja gila’ ni, pada penghujung tahun 2016 beliau pernah kongsikan beberapa imej kereta M3 warna perak miliknya yang disimpan di dalam rumah semasa taufan Matthew melanda Florida di alam maya. Dengan ancaman Dorian, kali ini beliau melakukan perkara yang sama.

Tapi yang mengagumkan kami bagaimana beliau sanggup menyumbat dua buah kereta sekaligus di ruang tamu yang tidaklah sebesar mana tu. Ketika ditemubual oleh portal permotoran The Drive, beliau berkata tindakan tersebut terpaksa diambil kerana dua garajnya telah dipenuhi dengan kereta Chevrolet Malibu 2018 milik teman wanitanya dan sebuah lagi Toyota Corolla 2018 milik abangnya.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Jadi beliau tiada pilihan lain dan terpaksa mengorbankan ruang dalaman rumahnya sebagai garaj sementara. Kata Jalil, teman wanitanya Amber Carpenter yang mencadangkan idea tersebut kerana tahu teman lelakinya amat menyayangi kereta tersebut.

Tapi mujurlah ia tidak mengalami sebarang kerosakan dan kawasan kediamannya di Port Saint Lucie terselamat dari taufan itu. E30 M3 merupakan salah satu model paling ikonik keluaran BMW dan mungkin faktor itulah yang mendorong Jalil nekad untuk melindunginya.

Foto kredit Instagram @jalilsup

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply