ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sayonara Toyota Mark X! Pengeluaran ditamatkan selepas 5 dekad

Berita Global

Views

Setelah lebih dekad (51 tahun) dan 11 generasi di pasaran, tarikh 23 Disember 2019 menandakan berakhirnya legasi sebuah sedan pacuan roda belakang yang ikonik, Toyota Mark X. Unit terakhir yang dikeluarkan di kilang kedua tertua Toyota Motomachi yang terletak di Wilayah Aichi, Jepun itu adalah model Mark X 250G berwarna putih.

Model ini bermula dengan Mark II dan ia membolehkan Toyota menawarkan sebuah sedan dalam kategori kelas pertengahan yang hampir dengan model mewah Crown. Di pasaran Jepun dan luar ia mempunyai tiga nama berbeza, iaitu Mark II, Chaser yang lebih sporty dan Cresta yang lebih formal dan konservatif.

Di Amerika Syarikat, model ini dikenali dengan nama Cressida dan menjadi sedan kelas pertengahan yang berentap dengan beberapa model Nissan seperti Skyline, Laurel, dan Cefiro, namun Toyota telah berjaya mengatasi pesaingnya. Di zaman kegemilangannya, Toyota telah berjaya menjual lebih 20,000 unit model ini sebulan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Pada ketika ini, Toyota menawarkan 20 varian Mark II untuk pasaran Jepun dan 28 lagi varian di luar negara menerusi pelbagai gaya rekaan badan, enjin dan transmisi. Toyota tidak pernah menawarkan pelbagai varian dalam kuantiti yang banyak untuk pengeluaran masa berskala besar. Pada 1990, generasi X70 (bukan SUV Proton) terbukti cukup hangat dan berjaya mengatasi jualan model Corolla dan berada pada kedudukan paling atas dalam carta jualan di Jepun.

Menurut jurucakap Toyota, mereka telah berjaya menjual 6,518,000 unit Mark II (pelbagai nama) dan 363,500 unit Mark X, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,881,500 unit. Satu kilang sahaja tidak mencukupi untuk menampung permintaannya yang sangat tinggi. Kilang Motomachi sahaja telah mengeluarkan separuh jumlah pengeluaran sebanyak 3,495,000 unit, manakala selebihnya dikeluarkan beberapa buah kilang lagi antaranya di Kanto Auto Works, Higashi-Fuji, dan Kyushu Miyata.

Pada hari terakhir pengeluaran Mark X, Toyota telah mengadakan satu majlis penghantaran yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang kakitangannya. Acara ini turut dibuka kepada bukan-pekerja dan model-model dari generasi pertama sehingga yang terakhir, Mark II 1979, 1984, dan 1988 turut dipamerkan untuk tatapan para hadirin.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Pengurus Kilang, Hiroyoshi Ninoyu yang menyertai Toyota pada pertengahan tahun 1980-an berkata, beliau telah mendedikasikan 35 tahun hayatnya kepada Mark II. Menurut beliau, rakan-rakan setugas menyarankannya untuk membeli sebuah AE86. Namun beliau telah membuat keputusan untuk memiliki Mark II (X70) generasi kelima. Kata beliau, ia merupakan sesuatu yang amat bermakna buat dirinya dan menjadi cinta pandang pertama. Katanya lagi, rekaan model tersebut masih lagi cantik sehingga ke hari ini.

Agak menyedihkan, disebabkan oleh populariti van dan SUV, jualan model itu pada tahun-tahun kebelakangan ini semakin merudum. Pada tahun 2017, Toyota menjual hanya 8,460 unit model Mark X, dan lebih menyedihkan pada 2018 dengan hanya 4,108 unit. Ninoyu yang mengakui situasi tersebut berkata, meskipun gelombang van dan SUV semakin memuncak, namun mereka lihat masih ramai lagi peminat kereta yang mahukan transmisi manual dan pacuan roda belakang.

Ia terbukti dengan model keluaran terhad Gazoo Racing GRMN yang dihasilkan hanya 100 unit pada tahun 2015 dan 350 unit pada tahun 2019. Kedua-dua versi ini telah habis dijual dalam tempoh masa yang singkat. Apabila ditanya mengenai masa depan kilang Motomachi, Ninoyu berharap ia bakal mengeluarkan kenderaan elektrik kerana fasiliti tersebut mempunyai kelebihan. Beliau juga berharap, kereta kesayangan ramai ini membuat kemunculan semula suatu hari nanti, mungkin menggunakan nama ‘Mark E’ pada masa akan datang.

Sayonara Toyota Mark X! Arigatō!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply