ARKIB

KATEGORI

Buletin

Scrambler WMOTO SXR 300cc aset baharu Tentera Darat perkukuh Op BENTENG

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu hantaran memaklumkan yang pihaknya telah menerima sejumlah motosikal jenis Scrambler WMOTO SXR 300cc, sebagai aset terbaharu Op BENTENG.

Majlis penyerahan kenderaan tersebut yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen. Penyerahan motosikal ini merupakan perolehan mobiliti TDM bagi Fasa 2.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Majlis bermula dengan sesi taklimat berkaitan pengoperasian dan pengendalian motosikal tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Global Mahawangsa Sdn Bhd, Datuk Cham Nong Aliap.

Tan Sri PTD kemudiannya menerima replika kunci Motosikal WMoto yang diserahkan oleh Pengarah Syarikat Global Mahawangsa, sebagai simbolik penyerahan aset kepada TDM. Majlis dilaksanakan secara ringkas di dalam norma baharu bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Penerimaan aset terbaharu ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama PTD Ke – 28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo bin Abdullah serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM sejajar dengan pematuhan SOP dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply