Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal menganjurkan Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways di Semenyih, Selangor 19 Mac 2023.
Kursus pemanduan off-road peringkat pemula ini dikendalikan oleh pasukan M4TREC yang terdiri daripada pelatih profesional bertauliah dengan HRDF yang juga pakar pemanduan off-road.
Ini cara terbaik untuk mempelajari dan mengalami sendiri asas pemanduan off-road dalam persekitaran yang terkawal. Peserta juga akan dapat membiasakan diri secara mendalam terhadap kenderaan mereka untuk mengenali potensi sebenar Ranger.
M4TREC ialah pusat latihan dan pengalaman pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mengendalikan kemudahan latihan khusus kekal untuk 4WD yang pertama di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, pihaknya mengalu-alukan semua pemilik Ranger, terutamanya model generasi baharu, untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan pengetahuan mendalam tentang kenderaan mereka dan meningkatkan kemahiran memandu.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Pemilik Ranger yang mendaftar untuk kursus selama setengah hari itu juga boleh membawa teman atau pasangan. Mereka akan berkumpul di Ford Ara Damansara sebelum bergerak bersama dengan pemilik Ranger lain ke kemudahan M4TREC.
Sesi latihan bermula dengan taklimat dan diikuti penjelasan menyeluruh tentang kenderaan untuk membiasakan mereka dengan ciri yang ada pada Ranger, sebelum beralih melakukan latihan pemanduan berhalangan.
Di bawah pemerhatian ketat oleh pelatih, peserta akan mempelajari teknik asas bagaimana untuk menghadapi halangan yang disediakan, seperti Dirt Track, Roller Ramp, Frame Twister, Ridge Crossing / Slide Slope, Mud & Ruts, Rutted Track, Ditch, Hill Descend, Hill Ascend dan Mud Dash.
Setelah mengatasi segala halangan, peserta akan menerima sijil kursus di penghujung sesi. Kursus berkenaan dikenakan yuran sebanyak RM992.89 seorang, dengan maksimum dua orang peserta bagi setiap kenderaan.
Khusus untuk pemilik Ranger generasi baharu, sekiranya ini Ford Ranger Getaways, mereka akan menikmati diskaun 30 peratus dengan kod kad keistimewaan Inner Circle.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Terbuka kepada semua pemilik Ranger dan Raptor, Ford Ranger Getaways merupakan yang pertama dalam industri dan khas untuk Malaysia.
Usaha yang digerakkan oleh SDAC ini meliputi beberapa kategori untuk memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai latar kehidupan yang menginginkan pengembaraan setempat yang singkat, baik secara bersendirian, keluarga, rakan-rakan, atau mereka yang mempunyai minat yang sama.
Selain daripada Kursus Pemula 4WD M4TREC ini, kebanyakan aktiviti lain melibatkan jadual yang terbuka yang boleh ditempah oleh pelanggan dan dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan mengikut kesenangan masing-masing. Senarai aktiviti berkaitan bagi Januari hingga Ogos 2023 boleh dilayari di pautan ini.
Setiap aktiviti telah dipelankan dengan teliti untuk menampilkan kepelbagaian penggunaan gaya hidup Ford Ranger, dari perjumpaan di bandar ataupun laluan off-road hinggalah kepada jalan-jalan cari makan, bahkan untuk menjadi juruterbang sehari mengelilingi KLCC.
Slot bagi setiap Ford Ranger Getaway, termasuk Kursus Pemula 4WD M4TREC, adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang mendaftar dahulu. Pemilik yang berminat boleh membuat tempahan dan bayaran secara dalam talian melalui platform SDAC-Ford e-commerce.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI