ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC Ara Damansara dinobatkan Outlet Pengedar Ford Terbaik Keseluruhan 2021

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mengumumkan outlet pengedar Ford utama di Ara Damansara telah memenangi anugerah Outlet Terbaik Keseluruhan di Konvensyen Pengedar Kebangsaan SDAC 2021.

Anugerah tersebut mengiktiraf komitment SDAC-Ford Ara Damansara dalam memberikan prestasi jualan dan khidmat selepas jualan yang terbaik walaupun terpaksa berhadapan dengan tahun yang mencabar akibat pandemik.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Selain memenangi anugerah Outlet SDAC-Ford Terbaik untuk tahun 2021, SDAC-Ford Ara Damansara turut menggondol lima lagi anugerah untuk kategori:

  • Pencapaian Sasaran Jualan Keseluruhan
  • Outlet Terbaik Keseluruhan untuk Jualan (Juara)
  • Outlet Terbaik Keseluruhan untuk Khidmat Selepas Jualan (Tempat Ketiga)
  • Kecemerlangan Sudut Pandangan Pelanggan (Kawasan Tengah)
  • Pencapaian Sasaran Jualan Alat Ganti (Kawasan Tengah)

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Menurut Pengarah Pentadbiran Pengedar Sime Darby Auto Connexion-Ford, Ara Damansara, Steven Kong, pihaknya amat berbangga dipilih sebagai Outlet Terbaik Keseluruhan 2021 walaupun baru beroperasi selama dua tahun.

Tambahnya, pengiktirafan ini membuktikan komitmen mereka dalam memberikan prestasi yang terbaik di samping memastikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang masa.

Konvensyen Kebangsaan Pengedar SDAC tahunan ini bertujuan untuk mengiktiraf para pengedar Ford di Malaysia yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori termasuk jualan, khidmat selepas jualan, kecemerlangan operasi servis dan prestasi perniagaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply