ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC-Ford tawar pelbagai ganjaran dan rebat sempena perayaan akhir tahun

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan menceriakan akhir tahun ini dengan pelbagai tawaran dan ganjaran hebat. Pandu uji kenderaan Ford di mana-mana pengedar sah Ford di seluruh negara dan dapatkan hidung biru dan tanduk rusa eksklusif Ford.

Dengan setiap pembelian Ranger WildTrak, anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM5,000, sementara Ranger XLT menawarkan sifar kos penyelenggaraan selama lima tahun atau 100,000km di samping rebat tunai. Selain itu, rebat tunai sebanyak RM23,000, penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan waranti selama lima tahun pula ditawarkan dengan pembelian Focus atau Fiesta.

Kepada pemilik kenderaan Ford, anda dialu-alukan untuk membawa kenderaan anda untuk pemeriksaan 27-peringkat percuma oleh para juruteknik yang diperakui Ford. Anda juga bakal mendapat diskaun 20 peratus bagi alat-alat ganti terpilih, termasuk pelincir, brek, tali sawat pemasaan dan pakej-pakej lain.

Bukan itu sahaja, anda turut ditawarkan diskaun buruh sebanyak 10 peratus bagi pakej-pakej pelincir, brek dan tali sawat pemasaan pada model-model Ford terpilihPromosi tersebut akan bermula di seluruh negara pada 18 Disember, 2017 sehingga 17 Februari, 2018. Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah, akan turut menerima cenderamata Ford hanya di pengedar-pengedar sah Ford di seluruh negara, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my atau kunjungi pengedar sah Ford yang berdekatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply