Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) semalam telah melancarkan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dengan pelbagai ciri baharu yang dinaik taraf.
Model edisi khas ini menggabungkan kejuruteraan canggih, prestasi bertenaga dan penampilan lasak untuk menawarkan pengalaman memandu yang unik bagi peminat trak pikap.
Hanya 300 unit ditawarkan dan ia dijual pada harga daripada RM 143,888.00 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM 149,388.00 di Sabah dan Sarawak.
Didatangkan dalam dua kombinasi warna, Absolute Black (Hitam Mutlak) dan Meteor Grey (Kelabu Meteor), Ranger XLT Plus Edisi Khas melambangkan sebuah kenderaan lasak dengan perincian mewah.
Edisi Khas ini disokong oleh jaminan alat ganti sepanjang tempoh waranti kenderaan, bagi memberikan ketenangan minda kepada pemilik.
Ranger XLT Plus Edisi Khas tampil dengan penggayaan yang agresif dan berani, menerusi penambahbaikan luaran yang menonjolkan ciri praktikal dan daya tarikan visualnya.
Sambungan dapra (fender) dan bar sport kemasan Hitam Kusam memberikan penampilan yang lebih lasak, manakala pelekat sisi Ranger dan pelekat sport kemasan Kusam yang tersendiri pada hud menambahkan lagi gaya sportynya.
Plat pelindung LED Ranger juga memberikan sentuhan premium sambil melindungi ambang pintu. Jeriji kemasan krom dan lampu depan LED melengkapi penampilan gah, manakala roda aloi 17 inci menyokong keupayaan untuk meredah pelbagai permukaan.
Ciri praktikal seperti pemegang cawan yang boleh ditarik keluar juga memberikan kemudahan tambahan kepada pemandu dan juga penumpang.
Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, trak ini direka khas untuk pemandu arif yang mendambakan prestasi, gaya dan fungsi terbaik.
Model ini dipacu oleh enjin diesel dwi-turbo 2.0L yang menghasilkan 210 PS dan 500 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.
Sistem Elektronik Tukar Sambil Bergerak Ford (ESOF) meningkatkan kebolehsuaian kenderaan, menjadikan Edisi Khas ini cukup tangkas di lebuh raya dan juga di atas permukaan yang mencabar.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Ruang kabinnya pula dilengkapi dengan fungsi paparan utama skrin sentuh berbilang 10.1-inci dengan Apple Carplay™, dan Android Auto™ nirwayar, Bluetooth dan Pengecaman Suara, dan beberapa slot USB.
Kawalan suhu dwizon membolehkan pemandu dan penumpang untuk menyesuaikan tetapan mengikut keselesaan masing-masing. Selain itu, ciri-ciri tambahan lain termasuklah kelompok instrumen digital dan soket kuasa 12V.
Dari segi keselamatan, Ranger XLT Plus Edisi Khas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurang Olengan, Sistem Brek Aktif, Agihan Brek Elektronik (EBD), dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
Sempena pelancaran ini, SDAC bakal menganjurkan acara Ford Experience Hub di Setia City Mall dari 25 hingga 29 September 2024.
Para pengunjung boleh melihat sendiri Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dan mengambil peluang untuk menikmati promosi pelancaran eksklusif.
Menerusi sistem tempahan dalam talian SDAC, seramai 20 pelanggan pertama yang berjaya membeli trak pikap eksklusif ini akan menerima ganjaran berupa baucar minyak bernilai RM3,000.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI