ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC terima pengiktirafan Anugerah Presiden

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) berjaya menggondol dua Anugerah Presiden daripada Ford Direct Markets berikutan kecemerlangan syarikat tersebut dalam memastikan kepuasan pelanggan untuk jualan dan servis sepanjang tahun 2021.

Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian SDAC sebagai salah satu organisasi pengedar jenama Ford terbaik di dunia.

Anugerah Presiden merupakan kecemerlangan terunggul dalam program Ganjaran dan Pengiktirafan tahunan Ford, yang diadakan untuk mengiktiraf rakan niaga pengedar yang menyediakan pengalaman pelanggan dan operasi yang cemerlang.

SDAC menerima dua Anugerah Presiden 2021 untuk kategori Jualan dan Servis berikutan skor tertinggi yang diperolehi bagi kedua-dua kategori, bersaing dengan pengedar-pengedar lain di serata rantau.

Skor ini adalah berdasarkan maklum balas yang dikumpul dari pelanggan dan tinjauan yang dijalankan oleh Ford di setiap pasaran, termasuk Malaysia.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata pihaknya  amat berbangga dengan pngiktirafan Anugerah Presiden tahun ini, setelah memenangi Anugerah Pengerusi pada tahun 2019 dan 2020.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tambahnya, meskipun berdepan dengan berbagai cabaran, namun tahun 2021 merupakan tahun yang cukup berjaya untuk SDAC, antaranya adalah kejayaan Ford Ranger Getaways.

Pelanggan boleh memilih berbagai bentuk getaway, termasuk kursus off-road untuk menguji kemampuan sebenar kenderaan mereka, menjadi juruterbang untuk sehari, menikmati alam semulajadi atau sekadar bersantai bersama keluarga.

Diperkenalkan secara serantau pada 2016, program anugerah tahunan ini menilai pengedar terutamanya dari segi tahap tertinggi mereka dalam memberikan kepuasan pelanggan secara keseluruhan dan:

  • Tahap tertinggi kepuasan pelanggan jualan
  • Tahap tertinggi kepuasan pelanggan servis
  • Prestasi jualan terbaik
  • Prestasi alat ganti terbaik

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply