Semasa sidang akhbar tahunan, SEAT telah mengumumkan kereta elektrik pertama sepenuhnya keluaran syarikat tersebut akan dilancarkan pada tahun 2020. SEAT juga bakal memperkenalkan satu model baharu setiap enam bulan sehingga ke penghujung dekad ini, dan ia termasuklah kenderaan sifar-emisi yang mampu bergerak sejauh 500km untuk sekali cas penuh.
Kereta elektrik tersebut akan dibangunkan dari pelantar MEB yang turut dikongsi bersama barisan model Volkswagen ID, dan ia bakal dikenali dengan nama Born, Born-E atau E-Born. Dijangkakan model tersebut mempunyai saiz yang kompak, namun dengan kepintaran kejuruteraan ia akan mempunyai ruang yang lebih besar berbanding dengan Leon.
Dalam kata lain, kereta elektrik SEAT sebenarnya adalah versi ‘tukar lencana’ (rebadged) model hatchback Volkswagen ID. Harganya pula dijangka dalam lingkungan model Golf berenjin diesel dan akan mendapat manfaat dari langganan dan kemas kini, sama seperti kereta Tesla.
Selain itu model Cupra Ateca dan SEAT Tarraco turut termasuk dalam barisan model yang bakal dilancarkan nanti. Kedua-duanya bakal memasuki pasaran pada penghujung tahun ini dan akan disusuli dengan generasi baharu SEAT Leon pada 2019 yang akan ditawakan dalam dua pilihan, iaitu hatchback lima-pintu dan estate. Model kompak itu akan mempunyai varian PHEV, dengan jarak penggunaan secara elektrik mampu mencapai sekurang-kurangnya 50km.
SEAT turut mengumumkan model pertama mereka dalam segmen CUV (Crossover Utility Vehicle), namum masih berahsia mengenainya buat masa ini. Eenjin pembakaran dalaman masih kekal dan pengeluar kenderaan dari Sepanyol itu juga bakal mempunyai kenderaan yang dijana oleh gas asli termampat (CNG). 2017 merupakan tahun yang cemerlang buat SEAT yang merupakan salah satu jenama yang paling cepat berkembang di Eropah setelah berjaya menjual sebanyak 468,400 unit kenderaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI