ARKIB

KATEGORI

Info

Sebelum tawarkan diri jadi penjamin pinjaman kenderaan, sila baca artikel ini dahulu

Info

Views

Dalam artikel terdahulu, kami pernah menyiarkan info mengenai tips penting untuk memudahkan anda mendapatkan pembiayaan. Kali ini, kami ingin kongsikan satu nasihat daripada saudara Azizul Azli Ahmad yang merupakan salah seorang penulis di Rumah Buku mengenai tajuk “mengapa kita perlu mengelak dari menjadi penjamin pinjaman kenderaan”.

Yang pertama sekali, kita akan ‘mudah tersepit’ jika yang meminta tolong itu ada pertalian keluarga. Ayat yang lazim didengar seperti, “Takkan tak boleh tolong sedara ke?” pasti akan membuatkan anda rasa berbelah-bagi. Bila dah dilema, sudah pasti anda akan dipergunakan oleh mereka nanti, bukan tak nak bantu saudara tapi lebih baik fikir masalah kita dulu.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Adalah lebih baik kita ‘bermasam muka’ dahulu atau menolaknya dengan cara yang baik. Anda rekalah alasan yang munasabah untuk mengelakkan malapetaka lebih buruk nanti. Mungkin boleh putus tali silaturrahim tau! Nauzubillah. Bagilah alasan seperti, “saya tengah memohon pinjaman beli rumah dan tak boleh jadi penjamin sebab bimbang bank tak luluskan pinjaman itu”.

Mungkin juga boleh bagi alasan, “saya dah tak boleh jadi penjamin sebab masih ‘sangkut’ dengan PTPTN lagi”. Ini contoh je lah. Bila ada kawan atau saudara, mertua, kakak mahupun abang minta slip gaji atau surat pengesahan majikan tempat kerja, jangan mudah sangat nak bagi sebab nak tunjuk gaji kita tinggi.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Lebih baik anda belajar mencipta alasan sekarang, sebelum semua orang itu ‘ghaib’ bila ada hutang nanti. Selalunya begitulah. Bila kita diminta jadi penjamin, sokongan, grantor untuk seseorang, itu bermakna orang itu ‘peminjam berisiko‘, yang bermaksud mereka tidak layak membuat pinjaman dan memerlukan jaminan.

‘Bank pun cerdik’ sebab mereka perlukan seseorang bagi lindungi pinjaman mereka. Senang cerita, jika si peminjam itu buat hal tak nak bayar, bank akan kejar kamu pula. Masa itu menyesal pun dah tak guna, sebab kita yang kena ‘cuci tahi’ yang ditinggalkan orang lain.

Renung-renungkanlah. Semoga ia bermanfaat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply