ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sebuah lagi Pusat 3S Proton di Kuantan dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik bagi pemilik dan bakal pemilik kereta Proton di Kuantan! Sebuah lagi Pusat 3S secara rasminya dibuka hari ini dan ia merupakan cawangan pengedar ketiga yang tampil dengan identiti korporat baharu Proton di bandar ini.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Ia dimiliki oleh Pesat Auto CTM Sdn Bhd (Pesat Auto) dan mereka telah melabur sebanyak RM2.3 juta untuk membina cawangan serba baharu tersebut. Pesat Auto dilengkapi dengan 6 ruang servis, 4 kemudahan pengangkat dan bangunan seluas 750 meter persegi.

Syarikat tersebut yakin dengan pembukaan cawangan ini mereka meningkatkan jualan sebanyak kira-kira 30 peratus dan jumlah servis sebanyak 40 peratus. Pengarah Pesat Auto CTM Sdn Bhd Tee Keh Hock berkata, pusat sehenti bakal menjadi platform yang membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi pasaran pelanggan mereka.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong pula mengulas, mereka mahu memastikan pelanggan dapat merasai terus pengalaman Proton sejurus melangkah masuk ke cawangan mereka. Proton mengekalkan jualannya dan pada bulan Ogos lalu, sebanyak 9,127 unit dijual di seluruh negara, dan pertumbuhan sebanyak 36 peratus dari tahun ke tahun, menjadikannya tertinggi antara lima jenama terkemuka di negara ini.

Wilayah Pantai Timur mencatat jualan yang baik dengan pertumbuhan sebanyak 8 peratus, dan di Pahang pula menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus. Model seperti Saga dan Persona kekal menjadi pilihan pembeli, manakala X70 pula menyumbang sebanyak 30 peratus daripada jualan di negeri itu. Setakat ini, Proton mempunyai 102 cawangan 3S dan 4S yang beroperasi di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply