ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sekatan jalan raya di laluan tikus akan ditambah

Berita Tempatan

Views

Polis menambah sekatan jalan raya bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempadan dengan Kedah bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri terutama ketika beberapa daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata empat lokasi itu membabitkan masing-masing dua di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, yang juga jalan kampung serta batas sawah padi dijadikan orang ramai untuk merentas negeri bagi mengelak dikesan polis.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Katanya, selain sekatan jalan raya bergerak, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan pasukan kereta peronda polis juga sentiasa membuat rondaan di kawasan dikenal pasti sebagai laluan tikus itu bagi memastikan tiada pihak merentas negeri dalam usaha memastikan tiada penularan wabak COVID-19.

Ketika ini terdapat enam sekatan jalan raya ditempatkan di sempadan negeri di daerah SPU dan beliau akan menambah jumlah itu menjelang sambutan Aidilfitri bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan pulang berhari raya.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Selain itu, pasukan pemantau Ops COVID juga ditambah daripada 20 kepada 40 pasukan dengan kekuatan 350 pegawai dan anggota polis. Sementara itu, Noorzainy berkata, penganjur bazar Aidilfitri di Midtown Kubang Menerong, Tasek Gelugor di Kepala Batas, dikompaun RM20,000 selepas gagal memastikan pengunjung mengamalkan penjarakan fizikal dalam pemeriksaan dijalankan pihaknya.

Katanya, polis mengeluarkan kompaun itu selepas pihaknya mendapati penganjur masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun sudah diberi amaran dalam pemeriksaan sebelum ini. Beliau berkata, MBSP turut mengeluarkan notis supaya penganjur mengambil langkah penambahbaikan terutama memastikan tidak berlaku kesesakan dalam bazar Aidilfitri itu dengan segera dan jika gagal berbuat demikian pihaknya akan mengarahkan penutupan bazar berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply