ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sekatan jalan raya lebih ketat elak negeri awal Ramadan

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan, minggu depan. Menurut Berita Harian, setakat ini, terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata polis tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Beliau berkata, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis. Katanya, polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu, tidak dapat berbuat demikian.

Tambahnya, pelbagai cara akan digunakan orang awam untuk berbuat demikian, jadi PDRM akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas. Jika dikesan melanggar undang-undang, tiada nasihat diberikan, sebaliknya tindakan undang-undang terus diambil ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Zainal berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara. Beliau menambah, jika kes harian COVID-19 meningkat, pihaknya akan menambah jumlah sekatan jalan raya.

Sementara itu, mengulas Program Satu Taman Satu Polis, beliau berkata, Melaka menjadi negeri perintis bagi inisiatif itu dalam meningkatkan pencegahan jenayah apabila tujuh kawasan perumahan dipilih pada fasa pertama. Ujar beliau lagi, program ini akan diperluaskan ke seluruh negara jika kajian impak dalam tempoh tiga bulan menunjukkan kesan positif, selain dapat menurunkan kadar jenayah di taman perumahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply