ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sekatan pergerakan penuh – Honda henti operasi sementara sehingga 14 Jun

Berita Tempatan

Views

Demi mematuhi arahan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia berikutan lonjakan kes COVID-19, Honda Malaysia akan menghentikan sementara operasi perniagaannya mulai 1 Jun hingga 14 Jun 2021 yang merangkumi kilang pengeluaran di Pegoh (Melaka), pejabat jualan dan bilik pameran pengedar seluruh negara.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Operasi perniagaan dijangka akan bersambung semula pada 15 Jun 2021. Honda Malaysia akan terus melayani para pelanggan menerusi perkhidmatan selepas-jualan di semua pengedarnya seluruh negara. Honda Malaysia turut menggesa pelanggan untuk memuat turun aplikasi HondaTouch untuk proses janji temu servis yang lebih pantas dan mudah bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Pelanggan yang datang terus (walk-in) tidak dibenarkan dan mereka yang ingin membuat janji temu digalakkan untuk memilih cawangan pengedar terdekat (radius 10km dari kediaman). Khidmat selepas-jualan yang tersedia adalah penyelenggaraan pencegahan, Cat dan Badan dan bantuan tunda.

Semua pengedar Honda akan terus melaksanakan Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi melindungi keselamatan pelanggan dan juga kakitangan mereka. Pihak Honda juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi pelanggan buat masa ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply