ARKIB

KATEGORI

Tular

Sekumpulan wanita Malaysia dikecam teruk warganet bawa perangai ‘double park’ ke Jepun, sampai masuk berita!

Tular

Views

Budaya ‘double park‘ sudah menjadi tabiat dalam kalangan pemandu di Malaysia, di mana-mana kawasan yang padat mesti ada sahaja kereta parkir secara bertindih/berlapis.

Namun begitu, kita tidak patut membawa budaya tersebut ke negara orang kerana di setiap negara tahap pemikiran dan budaya masyarakat mereka berbeza.

Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman aplikasi X apabila sikap warga Malaysia yang selamba ‘double park telah mendapat perhatian berita utama di Jepun.

Seorang pengguna X bernama @pja_chan berkongsi foto rakyat Malaysia yang parkir bertindih sehingga mencetuskan kemarahan warga Jepun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

“Ini parking berbayar yang dah ada space untuk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat macam ni sampai menyusahkan orang ya?” katanya.

Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi Prefecture dan kereta jenis Toyota Corolla tersebut disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia

Difahamkan, kereta yang berada di hadapannya tidak boleh keluar, gara-gara kereta sewa milik rakyat Malaysia itu telah menghalang laluan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Manakala, pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa rakyat Malaysia berkenaan telah meminta dia mengalihkan kereta ke belakang untuk memudahkan dia keluar.

Menurut @pja_chan, parkir di Jepun boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

“Ada designated parking space berbayar. Tak ada istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia dekat internet.

“Kesannya terpalit dekat Malaysian yang duduk sana especially sebab dah ada bad impression. Silap-silap tourist Malaysia pun dorang tak suka dah lepas ni.

“Parking dekat sana dah la mahal, pastu sebab hal ni extend masa 3 jam lagi. Berganda-ganda jadi mahal. Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jack lagi. Memang menyusahkan orang, mana la orang tak marah,” katanya lagi. – SAYS.com

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit pja_chan, keepthefree1 dan Unari_Cityzen

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply