ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selagi tidak dibiayai kerajaan, HSR Kuala Lumpur-Singapura boleh diteruskan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan terbuka kepada cadangan pelaksanaan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selagi ia membabitkan pelaburan swasta, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang keputusan diputuskan kerajaan mengenai pembangunan HSR KL-Singapura selepas perjanjian projek berkenaan dengan Singapura disahkan berakhir pada 31 Disember 2021, sekali gus menyaksikan projek berkenaan terbatal secara sendirinya.

Katanya, kerajaan tidak menutup pintu terhadap sebarang cadangan membangunkan semula projek itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kebenaran untuk rundingan selagi pembangunannya tidak dibiayai kerajaan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Loke berkata, pihaknya terbuka kepada sebarang cadangan selagi ia membabitkan pelaburan swasta. Ketika ini, tidak ada cadangan khusus yang diterima.

Malaysia dan Singapura mula menandatangani perjanjian dua hala mengenai projek itu pada 13 Disember 2016 tetapi menamatkan projek itu selepas mengalami beberapa kelewatan.

Projek yang membabitkan pembangunan sepanjang 350 kilometer itu akan memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada hanya 90 minit.

Sementera itu, berhubung perkembangan projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, Loke berkata, projek berkenaan sedang berjalan lancar.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Beliau berkata, kerajaan komited menyiapkannya mengikut jadual iaitu menjelang penghujung 2026 dan akan mula beroperasi pada 2027.

Mengenai cadangan pembinaan pelabuhan di Pulau Carey pula, Loke berkata, pembangunan pelabuhan ketiga di Pelabuhan Klang itu dijangka tidak menjejaskan persaingan pelabuhan sedia ada di situ.

Beliau berkata, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) sudah membuat kajian selama dua tahun sejak 2019 mengenai cadangan pembinaan pelabuhan ketiga itu dan laporan menunjukkan bahawa ia boleh dilaksanakan selain amat sesuai dijadikan pelabuhan ketiga di Selangor.

Katanya, pembangunan pelabuhan Pulau Carey dijangka mengambil masa panjang iaitu untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang dengan fasa pertama pembinaan adalah untuk kegunaan kargo konvensional. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply