ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selamat jalan ‘Dugong Malaysia’

Berita Tempatan

Views

Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines menghantar semula pesawat Airbus, A380 miliknya ke tempat simpanan jangka masa panjang di Tarbes, Perancis.

Menurut Harian Metro, berdasarkan laporan Avian Source, pesawat pertama yang dihantar ke Tarbes mendarat pada 3.12 petang waktu tempatan (Perancis).

Malaysia Airlines menerima pesawat pertama A380 pada Oktober 2012. Air France adalah syarikat penerbangan pertama yang mengumumkan penamatan operasi pesawat A380 pada 2020.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Syarikat lain yang menghentikan penggunaan pesawat itu adalah Emirates, Etihad, Hi Fly dan Lufthansa. Bagaimanapun, terdapat syarikat penerbangan di Asia kembali menggunakan pesawat komersial terbesar dunia itu berikutan peningkatan permintaan.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia Airlines akan memulangkan semua enam pesawat A380 miliknya kepada Airbus yang mana adalah sebahagian daripada perjanjian pembelian 20 pesawat A330-9000 neo pada Ogos lalu.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu mengumumkan akan menghentikan operasi kesemua enam pesawat A380 pada akhir tahun.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Berkemungkinan besar, pesawat itu akan dilupuskan sekiranya masih belum ada pihak berminat untuk membeli selepas setahun Malaysia Airlines mengeluarkan notis tender menjual.

Malaysia Airlines mempunyai enam unit pesawat model itu dan difahamkan, penghantaran pulang dibuat secara berperingkat bermula 14 November.

Bagi rakyat negara ini, pesawat dua tingkat yang diberi jolokan nama Dugong Malaysia itu bukan sekadar kapal terbang biasa.

Selain penerbangan tanpa henti ke destinasi seperti London, Seoul, Tokyo, Hong Kong dan Australia, A380 juga sudah membawa ribuan jemaah ke Madinah serta Jeddah menunaikan haji dan umrah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply