Seperti yang kita sedia maklum, motosikal Yamaha RX-Z kini menjadi buruan peminat permotoran dengan harga jualan yang mampu mencecah sehingga RM70,000.
Namun, ‘sahamnya mungkin jatuh’ sedikit selepas ini setelah tular satu klip video yang memaparkan seorang lelaki yang menggunakan motosikal ‘kayangan’ tersebut hanya untuk menjual aiskrim.
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
Menurut K! ONLINE, pemilik RX-Z berwarna merah itu berkata, ketika ini ramai yang mencari dan tular berkenaan motosikal tersebut.
Jelas penjual aiskrim tersebut, meskipun ada individu yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit dan sukar untuk mendapatkan motosikal itu, dia hanya menggunakannya untuk menjual aiskrim sahaja.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim
Rata-rata warganet geli hati dengan gelagat penjual tersebut dan ramai berkata lelaki tersebut ternyata ‘otai’ (orang lama) dalam bidang permotoran.
Kata Adam Radzi, orang lama selamba sahaja guna RX-Z menjaja aiskrim di kampung. Angah_kemaman pula menambah, RX-Z milik penjual aiskrim itu masih elok dan warnanya masih cantik lagi.
Katanya lagi, ada orang yang nak jual RX-Z yang badan motosikal pun dah berkarat tetapi harga mencecah RM20,000.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
KOMEN TERKINI