Sinar Harian melaporkan, polis memberi amaran kepada mana-mana individu termasuk artis atau selebriti supaya menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal jenis Yamaha Y15ZR (Ysuku) secara haram dan melanggar undang-undang di media sosial.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, kebelakangan ini pihaknya mendapati terdapat beberapa artis dan selebriti yang membuat pengubahsuaian motosikal mereka tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mempromosikannya di dalam laman sosial mereka sehingga menjadi ikutan orang ramai.
Menurutnya, dibimbangi akan memberi dorongan kepada pengguna motosikal lain terutama remaja untuk mengubah suai kenderaan mereka dan terjebak dalam kegiatan seperti lumba haram dan sebagainya. Datuk Azisman turut memberi amaran kepada semua pihak sama ada individu atau artis, supaya menghentikan aktiviti mempromosi ini dan sekiranya ingkar, mereka bakal berdepan tindakan undang-undang.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Flex Pulau Pinang semalam. Dalam pada itu, Azisman berkata, polis terutama cawangan trafik di seluruh negara sedang memantau aktiviti kumpulan motosikal yang melakukan modifikasi dan lumba haram.
Pihaknya turut menubuhkan unit khas Skuad 42 yang bertujuan untuk memerangi kumpulan mat rempit. Katanya, pegawai dan anggota polis itu akan menyamar sebagai orang awam termasuk menjadi geng mat rempit sebelum mengekori mereka dan mengambil gambar serta video sebagai bukti kegiatan modifikasi serta lumba haram sebelum mendakwa mereka di mahkamah.
* Foto sekadar hiasan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
KOMEN TERKINI