ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selepas 15 Februari 2020, pemasangan tag RFID akan dikenakan caj RM35

Berita Tempatan

Views

Menurut portal SoyaCincau.com, promosi pemasangan percuma tag RFID bakal berakhir dan selepas 15 Februari 2020, setiap pemasangan baharu bakal dikenakan caj RM35. Projek perintis pemasangan tag ini telahpun dijalankan sejak Ogos 2018 dan ia meliputi 22 buah lebuh raya di seluruh negara dalam tempoh 18 bulan.

JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Syahrunizam Samsudin, dalam tempoh tersebut lebih sejuta tag RFID telah berjaya didaftarkan dan dipasang di 81 buah pusat fitmen di seluruh negara. Tambah beliau, penggunaan teknologi RFID akan diperluaskan lagi pada masa akan datang, termasuklah untuk pengisian minyak, parkir serta jualan runcit pandu lalu.

JOM BACA >> Proton X50 (SX11) mula ujian pemasangan bulan Mei 2020?

Bagi menggalakkan penggunaan RFID, bermula 15 Februari sehingga 15 April 2020 ini, 40 orang rakyat Malaysia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Ultimate RFID Toll Pass‘ yang bernilai RM2,500. Selain itu, bermula 1 April 2020, semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS akan mula menggunakan tag RFID.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang menyokong penggunaan tag RFID:

  • Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  • Besraya Expresswy (BESRAYA)
  • Butterworth – Kulim Expressway (BKE)
  • Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  • Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
  • Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  • Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB)
  • Penang Bridge (JPP)
  • Shah Alam Expressway (KESAS)
  • Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  • Lebuhraya KL – Kuala Sleangor (LATAR)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) (Ampangan Plaza only)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singaporea (LINKEDUA)
  • Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  • Maju Expressway (MEX)
  • New Pantai Expressway (NPE)
  • Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) (Toll Plaza Mambau, Lukut, Kempas, Lima Kedai, Perling, Tanjung Kupang, Bangunan Sultan Iskandar, Jitra)
  • Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  • SMART Highway
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply