ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seludup PATI naik Perodua Alza, tekong darat dicekup

Tular

Views

Polis menahan seorang tekong darat dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam kejadian di Taman Mesra di Gua Musang pada Khamis.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan mengejut di Jalan Gua Musang-Lepan Jaya ternampak sebuah MPV jenis Perodua Alza membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Anggota bertugas telah mengekori kenderaan yang dipandu suspek berusia 45 tahun itu sehingga berjaya ditahan di Taman Mesra. Tambah beliau, semasa proses tangkapan dibuat telah berlaku pergelutan antara polis dan suspek.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menjumpai dua wanita dan empat lelaki warga Myanmar berusia 19 hingga 30 tahun di bahagian penumpang belakang.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Beliau berkata, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini secara sah. Katanya, suspek dipercayai dalam perjalanan membawa PATI tersebut ke Kuala Lumpur.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 26 J Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1) ( c) Akta Imigresen dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat iniasing

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply