ARKIB

KATEGORI

Buletin

SEMBANG-SEMBANG : Ada tak pemilik Proton IRIZ di sini? Jom bagi ulasan mengenai kereta anda!

Views

1781032_704307382976691_253250014822869782_o

* Foto hiasan

Nampaknya semakin bertambah populasi Proton Iriz di jalan raya sejak dilancarkan tahun lalu. Memetik laporan dari laman web Sinar Harian minggu lalu, 10 ribu unit Iriz telah didaftarkan. Jika anda mengikuti laman Facebook Proton Iriz Community (MALAYSIA) semakin hari nampak pertambahan unit yang sedang menunggu tempahan dan yang baru sahaja didaftarkan.

Ada tak pemilik Iriz yang selalu ikuti perkembangan funtasticko.net? Saya pun nak tahu juga ada tak yang menempah Iriz setelah mendapat maklumat awal mengenainya di sini. Kalau ada boleh la anda memberi ulasan mengenai kereta anda, kongsikanlah pengalaman dan masalah kereta anda jika ada di sini. Bukan pemilik pun boleh join sekali tau! 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

136 Comments


  • Terus terang saya katakan build quality agak lemah dan perlukan pembaikan. Sbg cth:

    i) glovebox: bila ditutup nampak gap
    ii) ada parts yg ‘lembik; dan kurang berkualiti: driver site


    • Itu belum sebut pasal skru pada exhaust manifold. Ada yang berkarat sampai bentuk skru tu jadi tak sempurna. Kalau karat sikit-sikit kita faham la.

      Aku bercadang nak tukarkan Viva aku kepada Iriz, atau Axia. Tapi mungkin kena tunggu dulu untuk bagi peluang kepada Proton improve Iriz sebelum saya buat keputusan.

      Juga sedang menantikan maklumat berkenaan Preve facelift sebab aku juga sedang nak cari sebiji sedan baru. Nampak gaya Preve yang paling menarik dalam kategori harganya. Siapa ada apa-apa info minta tolong kongsi kat sini.


          • Kerol, lokasi mana? saya nak cari proton iriz 1.3 auto standard je… utk guna as 2nd car. Lokasi saya putrajaya.
            Whatsapp only 010-3319438


      • Sya nak tanya kepada pihak proton boleh tak tukar beteri proton iriz sendiri.Soalan sya tidakah ia menganggu system TCUnya kalau menganggu TCU bagaimana cara terbaik menukarnya TQ


          • Sy baru tukaq bateri.. lps tukar bateri timbul simbol stereng kt panel meter… ada masalah apa plk ye


        • Sistem TCU jem jikalau kau jumper direct b3.. Tu yg jdi short b3.. Klau kau tukar xder mslah.. Start enjin, dan biarkan enjin hidup.. Kluarkan yg lame dn msukkan yg bhru..


        • kereta sya bila diletak gear di parking x bole ditarik untuk kita jln semula mcm nk tecabut gear pada hal baru 3 tahun sya pkai kereta ni.keta baru bukan nya secon hand .nta pusat servis dia kata dlm seribu ada cam tu bole ke ckp cam tu bila jadi lagi kali kedua dia kata sya tarik geat ganas. ini jadi lagi lak kali ketiga .tapi lom anta lagi pusat servis kali ni x tau apa la depa nk ckp.sya ni bukan petik duit dari pokok nk ulag alik2


  • Ada tak yang dah dapat 1.6 mt. Perfomance 1.6 mt ni ok ke tak. Cvt punya banyak komen kurang power. Masa test drive 1.3 mt haritu gear 1 kurang pik up.


    • Ramai pemilik dan penguji Proton Iriz juga berpendapat demikian. 1.6 dan 1.3 manual amat bagus tetapi model CVT memang seperti yg Zack sebut…Proton perlu perbaiki segera kelemahan ini untuk menawan hati pembeli yg semakin mendekati Proton.


    • Sy ada iriz premium 1.6mt dan exec 1.3mt.
      So far alhamdulillah, xde msalah. Perfomance excellent! Thumbs up to Proton.
      Dua2 iriz dah bawak long journey.. Tkan 160-km/j kt highway x rase goyang.. ESC superb..
      Dah bwk ikut jalan genting lama pun terbaek jugak..
      Puas hati!


  • Pandangan peribadi saya antara perkara utama yg perlu diberi focus oleh Proton adalah marketing dan khidamat selepas jualan. Tingkatkan marketing dan kualiti khidmat jualan Proton dgn lebih inovatif. Saya kerap melawat Group Proton Iriz. Kebayakan masalah yg dipost adalah masalah2 kerana kecanggihan kereta tersebut. Akibat budaya rakyat kita yg malas membaca hatta manual, kedangkalan kelihatan seperti satu masalah .Saya mencadangkan Proton mengaji pegawai selepas jualan untuk memerhati dan memberi response yg cepat kepada sumber-sumber teknologi informasi seperti ini. Pada zaman segalanya dihujung jari, Page2/Forum seperti ini yg digunakan oleh potensi pelanggan sebelum mereka membuat keputusan. Persoalan2 yg tidak terjawab membuatkn feature2 canggih Iriz seperti satu masalah seperti Super Lock, Radio boleh dimainkan tanpa kunci, Auto lock boleh dioffkan, kunci boleh diaktifkan hanya untuk pintu pemandu. Untuk lebih inovatif buat video untuk feature2 ini kerana lumrah rakyat kita yg malas membaca. Gunakan medium seperti Youtube Proton sebagai medan penyampaian dan pengajaran cara penggunaan kerana ia dekat dgn penguna. Buatkan video pendek per feature kerana lumrah manusia cepat bosan dan tidak ditonton hingga habis apabila feature bermacam-macam dibuat didalam 1 video seperti video marketing Iriz yg ada sekarang.


  • as salam…
    mgkin lari skit topik yg saya nk bg tau dekat sini..
    ayah baru hantar kereta kat sc utk servis bukan PROTON ok..
    tempat yg selalu org bangga2 sgt dekat malaysia ni.siap servis bawak balik x perasan cover ecu dah hilangg err..ni ker budaya kerja jenama kereta yang ternama..selalu cakap bagus lah apa lah…jenama luar negara katakan..klu jadi pada proton bertahun x habis cerita..ini kereta luar buat x tau jer…
    sory x pandai sangat koi ni tulis ayat..


  • Aku ada tengok video demo Iriz dalam test track kat Youtube.Tapi aku tak berapa faham la apa advantage function gearbox ala-ala ‘slipper clutch’ yang boleh drop ke gear rendah masa high speed tu?Maksud aku,untuk daily usage.


  • Proton iriz mmg lebih baik daripada mywi secara keseluruhannya…cuma mywi lebih dari segi pick up. Walaupun baru 2 kali memandu kereta ini tp sy dapatkan rasakan handling kereta ini mmg seperti kereta eropah. Tp sayang kelemahan proton sekarang bukan keretanya tp strategi pemasaran yang lemah…tengok sj iklan proton iriz …tak menarik langsung. model terlaris ialah 1.6cc bukan 1.3 cc…pelik bukan….cuba fikir kenapa tempahan 1.3 cc amat kurang. Sy rasa semua orang tahu sebabnya.


  • pakai kereta adik hari tu versi premium, bila tekan pedal 2-3 second baru bergerak. mcm tak responsive. nk kena pi service balik mcm pelik je..


  • AsSalam… nak komen on marketing Proton. Saya last 2 weeks hantar exora untuk servis di SC proton. Dah beberapa kali saya ke SC proton tapi tak pernah sekalipun salesman proton yang datang pelawa saya atau pemandu lain untuk test drive model baru Proton walaupun SC satu bangunan dgn showroom. Bagi saya sepatutnya saleman gunakan peluang ini untuk menunjukkan kelebihan produk proton… manatau mungkin ada family members yang nak beli ka. Selalunya saya tengok salesman proton baca surat khabar atau tengok tv. Maaf bukan nak mengutuk tapi sekadar menegur untuk kebaikan proton. By the way saya adalah pengguna Exora CFE yg amat berpuashati dgn Exora CFE saya. Memang ada kekurangan sedikit sebanyak compare dgn jenama Jepun namun amat berbaloi dgn harganya. Keep up Proton…..


    • suka lettew, masalah pasal seat ergonomic yg awak keep bebel kan dulu dah improve, tp sayangnye xde telescopic steering, kalau ade mmg MANTAPLAHH!! harap-harap utk future 2 model sedan yg akan datang proton gunalah seat iriz sbg benchmark dan lengkapkanlah dgn telescopic steering.


        • yes both of u are right, telescopic steering is paramount for an ideal selection in driving ergonomic for individual preference, then it will be a full marks for that.


  • Betul, kelemahan utama Proton adalah khidmat jualan dan selepas jualan. Kereta Proton semakin canggih dan kualiti pemasangan juga semakin baik walaupun masih terdapat masalah sedikit sebanyak. Tapi lebih penting untuk Proton meningkatkan usaha pemasaran secara lebih kritikal dan kreatif. Saya setuju dengan cadangan untuk gunakan media seperti Youtube untuk penerangan ciri2 dan fungsi canggih Iriz kepada pengguna dan bakal pembeli. Khidmat selepas jualan pun perlu lebih agresif.

    Kakitangan Proton dan SC juga perlu sentiasa dilatih dan diberi pendedahan tentang produk Proton secara berterusan serta mengkaji masalah2 biasa (common issues) yang sering dilaporkan oleh pemilik Proton dan membuat satu langkah pencegahan dan penambahbaikan supaya kualiti servis dan layanan terhadap pengguna lebih baik dan lebih memuaskan.

    Kaedah pemasaran juga saya nampak sangat lemah, terutama sejak DRB ambil alih Proton. Proton mesti perbaiki hal ni.


  • saya pengguna Iriz 1.3 Manual..alhamdulillah dah hampir 4 bulan saya drive…mileage pon dah cecah 12000km…bagi saya..keter ni bagus dari segi rekaannya…design dan kecantikannya terbaik…cuma nya proton kena improve lg dari segi kualiti pembuatan…sebab mula sya dpt kereta ni..ada bunyi yg kurang menynangkan dai bahagian belakang dan depan..rupa2nya lpas hntar SC..ada skru yg x dipasang …aduhh…mcmna QA proton wat keja ni?…glove box yg xda kualiti..ada gap besar..bila komen kat SC..diorang ckap biasela bang…brang plastik…aduh…mcmni ka mentaliti SC?….tp yg bestnye tentang iriz ni…handling dia mantap…top speed sy buleh dpt untuk 1.3 manual dgn full load lebih kurang 170km/j….fuel consumption sama mcm myvi 1.3 ja…overall sy bg 4 bintang…


    • Pihak Proton sila buang sikap “biasala bang”.

      Rekodkan dan baiki masalah itu.

      Kepercayaan pemilik akan jadi bahan bualan jika pihak proton ambil berat.

      Ambil perhatian setiap teguran, komen atau setiap cercaan (pun) kalau pembeli mendekati anda.

      Anda berubah pembeli sanggup berubah kepada anda juga.

      Umpama kedai makan

      – kalau makanan sedap tapi servis, layanan macam kita pulak yang datang terhegeh nak makan kat situ..orang akan lari cari kedai yg tokeh atau pekerja yg ambil berat walau makanannya simple..


  • Orang kita agak berfikiran sempit bila ianya produk Proton, seperti situasi ini:

    Test Drive kereta Proton:
    CVT Transmission:
    a) Eh, apesal lambat gerak, eh apesal rasa macamni, eh apesal macamtu… mesti kualiti teruk ni…eauuwww..

    Bila Test Drive kereta Jenama Jepun:
    CVT Transmission:
    a) Wow, gear lambat ni mesti ciri-ciri safety terkini tip top, hmmm.. bannyaknya ciri-ciri terkini dalam transmission ni… mesti hebat ni.. berbaloi beli..

    Hakikatnya..itulah yang berlaku…
    Bila kerosakan berlaku pada kereta Proton, dicanangnya satu dunia.. Jika kerosakan berlaku pada kereta Jenama luar, mungkin dia senyap2 saja sebab yakin itu mungkin jarang berlaku..

    Hakikatnya, minda mentaliti Malaysian masih tak berubah..


    • Btol tu bro..rkyt kita ni kurg ilmu. Ada member cakap, proton sggp buangkan gear no 3 pd saga flx sebb nak bagi harga murah. Sedangkan gear cvt memang xde no 3 pon.


    • betul2… ade skali dalam group Preve… lubang untuk intercooler… dia ckp tercabut sebab quality… padahal situ memang ade lubang…. main sesah jer… ahaha

      biar ade ilmu kalau memberi komen… kalau tak tahu belajar dulu atau diam… byk kali blajar bnda ni…


    • mu merepek mende ni ha3 biasa la pengemar keta oton melambak..club keta oton juga melambak..sapa yg buka pekong masalah keta oton?? dh tentu2 pengguna keta oton ni..pikir positif la bhwa semua masalah keta oton adalah utk perkongsian..aku guna oton aku guna toyota..terus terang aku kata keta oton xda kualiti terutama part2 enjin.


  • Salam sejahtera rakan2 IRIZ… memang betul2 ONZ…. masalah cvt tu dah settle.Kpd yg masih ada masalah, mohon reflash ECU(Electronic control unit @ECU box) dan TCU(Tramsmission control unit@kawalan pintar penukaran gear).PERCUMA.. tiada kos dikenakan.Saya reflash 3 kali baharu masalah selesai. :Pusat servis mesti lakukan.kita mesti maklum kpd mereka krn IRIZ ada waranti
    1) penukaran minyak cvt – percuma – masalah jerking, bunyi whinning cvt -selesai
    2) kelembapan respons gear – reflash TCU-selesai
    3) penurunan dan pertambahan gear tak sekata.kejap2 lambat/terlalu cepat-reflash TCU-selesai. fuel consumption makin baik.sblm reflash. ia’ teguk’ minyak mcm ‘haus sgt’.

    p/s:booking servis 2 minggu awal. jenuh tunggu reflash sampai 5 jam. kata reflash kejap jer.. (pihak pusat2 servis tolong jgn bagi customer tertunggu2@kebosanan walaupun dalam servis bay ada 2 buah kereta jer). Sila perbaiki khidmat selepas jualan anda…. tolong sgt2.dah komplen pd Proton WECare… takdak respon..Kami menegur secara membina demi kemantapan produk yang kami bangga. TQ…


  • Selepas satu bulan menggunakan PROTON IRIZ 1.6 E CVT “supercharged” ni berikut merupakan Kelebihan dan Kekurangan yang ada pada jentera ini

    THUMBS UP
    + Airconditioning system memang terbaik. Dalam mode 1 dan tolok suhu pertengahan mampu menyejukkan kabin kurang seminit
    + Steering respon cukup mantap. Kelajuan bawah 80kmj stering menjadi ringan tetapi pada kelajuan lebih 80kmj stering akn menjadi lbh berat. Cengkaman di atas jalan wlau dalam kelajuan tinggi amat kuat. Tidak trasa membuai.
    + Sistem audio yang mantap. Walaupon pada mode suara tertinggi tetapi bunyo tidak pecah. Paparan pada skrin seeentuh juga jelas. Fon tulisan pada skrin sentuh juga tidak kelihtan seperti skrin sesentuh “ah beng”
    + Kabin dalam kedap bunyi. Tidak terlalu bising especially ketika hujan lebat. NVH juga minimum (jika bunyi CVT diketepikan)
    + Fit n finishing dalaman juga nampak kemas dan rapi. “Gap” antara panel juga kelihatan rapi.

    THUMBS DOWN
    – Bunyi CVT mengerang setiap kali menekan minyak.
    – Panel meter yang agak “kelam”. Especially bila cuaca mendung atau redup
    – Ada sedikit bunyi “krok krek krok krek” pada bhgian hadapan apabila melalui kawasan berbonggol.
    – Fuel consumption tidak banyak beza dengan enjin campro yang sebelum ini. Not so EEV but not fuel guzzler jugak lah.
    – membuka boot belakang menggunakan remote seperti x da fungsi.
    – bunyi hon yang sangat lemah. X sesuai dengan imej Iriz yg garang n sporty


  • dah test drive iriz 1.6MT dalam trek proton,sodap jgk perginya,conering rasa mcm 9-g mantap semantap nora danish sebelum kawen.terima kasih


  • Bukan aja x de video guide pasal Iriz, sampai skrg aku tercari2 user’s manual/guide online. Mmg tak de ke ? At least publish la kt website, senang potential buyer nk tgk.
    Punyelah aku kene g selongkar forum2 yg penuh dgn racism, baru aku tau yg remote Iriz boleh diprogram samaada nk unlock kesemua pintu serentak atau satu pintu (driver) sahaja. Ini dah sama mcm Mercedes Benz!

    Come on Proton! TVC semata tak mencukupi, buat kerja lebih lg utk promote Proton.


    • (sambung dr komen saya di atas)
      Bukan nk bashing pemilik Perodua. Saya pun pemilik Perodua, malah seorang pemilik yang amat bangga dengan Perodua Kelisa saya. Pemilik MyVi (x pasti model tahun bila) punya lah bangga bila remote diorang kene tekan butang unlock 2x (1st utk unlock pintu driver, 2nd utk the rest doors).

      Tapi Proton boleh buat diam bila feature yg lg canggih ni ada pada Iriz


  • Assalamualaikum..

    Saya baru angkat proton iriz ni bulan lepas…antara problem saya hadapi adalah
    1. Dashboard berbunyi seperti kereta lama..
    2. Radio tiba2 tersenyap dlm 5 – 10 second lepas ok balik.
    3. Stering senget tak buat balancing.
    4. Bumper depan terbuka sikit bawah lampu sebelah penumpang..
    5. Enjin kasar..

    Ini lah masalah saya hadapi sekarang..sy dah bawa g eon service centre tapi masalah yg di sattle hanya la pada wheel balancing dan bumper…
    Kereta baru ambil , hutang baru lagi kat bank..masalah tak sattle lagi .. ambil kereta baru bukan kereta secondhand..kalau secondhand tu ok la lg boleh di terima..

    Nak buat macamana pakai ajela smp 5 thun habis kan hutang dulu..saya bukan nya nak kondemkan proton tapi saya kerja penat cari duit jadi nak la rasa yg selesa..ingatkan nk tolong proton..nak beli kereta import tak mampu mahal byk sgt cukai gomen makan..

    Terima aje la tggu habis hutang..:(


    • sy owner iriz exec 1.3MT& premium 1.6MT…
      utk radio tu blh gi kt setting off-kan auto search tu..
      dier off dlm beberapa sec tu sbb searching tiap kali bergerak…
      kene rajin godek2.. sy pun dulu mse 2 hari dpt kete, ade mslh cmtu.. tp tu sebenarnye bukan masalah…


  • Proton.iriz.. Smart car. Sy pengguna iriz 1.6 premium. Terlupa nk kunci kereta, balik tgk dh lock sndiri. Kereta berat, best bawa. Safety mmg trbaik! Sensor akan berbunyi kalau keadaan jalan xbaik. So, kita akan alert n perlahankan kereta. Cuma radio at first, kdg hang sikit. N bila dh pegi SC, diberitahu iriz agk sensitif, perlu off radio ikut step n xblh main tekan2 saja. N now, masalah tu dh tiada.:) n ada yg complain reverse sensor tu xfunction , itu sbb xkeluar sensor camera awk dh reverse dulu. Overall, sy sgt puas hati dgn iriz! Sehari xnaik iriz rasa xlengkap hidup. Hihi.


  • Saya kena tggu lama skit utk dapat kaler pilihan saya n manual.stock utk auto je yg tgh available skrg.penantian itu satu penyeksaan.aduhh!


  • Penghabisan stok Iriz 1.6 Premium (A) year production 2015, Limited units and colours. 10% diskaun tidak termasuk GST. Nikmati tambahan diskaun sekiranya anda atau suami/isteri atau anak atau ibu bapa adalah pemilik Proton lama, melalui Program Loyalty Rewards. Kereta lama tidak perlu “trade in”. Hubungi/whats app saya, NORA di 016-6558788 / 012-2271004.


  • Saya baru guna 4 bulan lebih, ada masalah saluran air di bahagian viper satu dah tersumbat, next service baru nak pergi check nanti. haishh


  • Salam..sy guna iriz 1.3 exec,manual.
    So far ade minor prob la..1 bila kat highway ade bunyi angin melalui tingkap..tapi tu kira ok la..sy tak rasa benda besar cuma skrg ade 1 lagi hal…master power window kat driver tu…perghhh….bole gila la..bila bukak tingkap x bole tutup balik..so kalau kat tol kena la bukak pintu atau tingkap blkg..da g SC da..nnt dia claim warranty.
    Bab handling…setakat ni da pegi kl,ipoh,penang….THORBAIK….tekan top speed mmg pegi bro…kalau tau hr tu amik 1.6 lagi syokkk…
    Ok la…rasanya beebaloi la…bole lAaa….


  • assalamualaikum wbt..

    Hi semua! sy dah test drive iriz 1.3 exec..mmg puas hati..handling mmg terbaik..ringan je time corner mmg sharp..tengah berkira-kira lagi nak beli ke tak..hehe


  • Saya baru beli iriz 1.6 cvt premium pada 1/4/2016 rasanya tiada masaalah besar pada kereta tersebut terutama handling dan enginenya mmg terbaik cuma masaalah kecil yg proton patut selesaikan iaitu dari segi bunyi-bunyi kecil yg terdpt pada dashboard dan door trim mungkin pemasangannya yg kurang kemas, getah bumbung yg mudah tertanggal, bunyi vroom!!! yg agak ketara mungkin proton mahukan bunyi sport rasanya lebih enak jika bunyi itu tiada lebih terasa smooth. Bunyi di lantai dan kabin kenderaan yg ketara, kajian mendalam perlu diberikan agar kabin “sound proof”. Proton patut settle perkara-perkara ini memandangkan syarikat ini dah hampir 30 tahun ujud dan sy yakin jika perkara ini dpt diselesaikan proton boleh pergi jauh. Sya juga pemilik Exora cfe 1.6 premium sejak 3 tahun lepas pick up dan pendakian bukit mmg terbaik soft turbonya amat membantu walaupun menggunakan cheap turbo compare dengan toyota wish dan nissan livina, bukan nak puji proton tapi mmg “worth” dengan harganya “best buy”. Apa-apa pun beli kenderaan ni kira nasib jugak tak kira apa jenama dan model. Sy pernah pakai Toyota Harrier Lexus 3.0 pun ada masaalah jugak. Anyway selamat memandu dan all the best buat Proton semuga maju jaya, ikhlas dari saya.


  • Assalamualaikum…Loan sy utk Iriz executive 1.6 baru je lulus. Bila baca komen2 kat atas risau jg. Harap2 iriz sy tu nanti x de major problem. Setakat ni sy dah pakai 3 buah kereya jenama perodua. Yg kedua x sampai seminggu rosak gear box. Kali ni nak try proton pula.


  • Dari owner 1.6 iriz cvt exec…Pros
    1) handling is top notch
    2) fuel efficiency only during highway. Town driving roughly you’ll top 380 & 420 km max. Kira ok lagi la
    3) sound system is not bad at all
    4) the seat is quite comfy

    Cons
    1) Rattling dashboard…mmg sungguh annoying
    2) The sound system volume, kalau turn on engine after the android system is up, the volume is max up automatically. According to proton sc, “itu biasa”. Demmm feels like MMA that guy. The solution, is to ensure you start the engine before the android system fires up.
    3) The CVT engine sound growling like death metal band when you press the pedal hard
    4) You wish it’s not raining coz’ bunyi tin milo tik,tik,tik kat bumbung masa hujan will seriously damage your inner sense especially during long distance driving.
    5) No rear disk brake?? come on proton!!!!
    6) No auto-cruise. 1.6 version should be equipped with. Well, come on proton!!!
    7) Rear-view camera, if it’s after rain, mmg kelabu vision dia


  • Rasanya problem kereta iriz aku lebih kurang sama dengan komen2 diatas. Iriz 1.6 premiun dah setahun setengah. Ada kelebihan dan kekurangan sepanjang aku menggunakan iriz ni.

    Pro
    -aircond cepat sejuk selalunya aku guna pada mode 1 sahaja
    – Handling memang terbaik aku dah bawak ke cameron highland, balik kampung utara-selatan kalau di tempat selekoh memang stabil rasa berat dan tak bergoyang
    – Stabil walaupun pada kelajuan 140km/j
    – Audio sound not bad sedap didengar
    – Seat pemandu yang selesa untuk perjalanan jauh

    con
    – Enjin bunyi bising
    – hose wiper sebelah kiri selalu tercabut
    – lambat pickup tapi haritu aku tukar ke minyak caltex ok pulak smooth jer bawak
    – ada bunyi bising dekat dashboard
    – radio kadang2 off sendiri

    Harap proton take note masalah ni sebab apa yang aku baca dari komen2 diatas mempunyai masalah yang lebih kurang sama


  • Assalamualaikum semua, saya ingin mencadangkan beberapa perkara kepada pihak Proton.

    1. Saya cadangkan agar bumper belakang Iriz perlu dikemaskini agar lebih menarik, Ini kerana ia kelihatan seperti terlalu melebar terutamanya di bahagian kedua-dua tepi hujung bumper. Cuba fikirkan rekabentuk yang lebih elegan dan sporty.
    2. Minta pihak Proton fikirkan jika perlu mengeluarkan kereta Iriz 1000cc, atau model Proton lain yang berkapasiti 1000cc agar lebih setanding dengan Axia, kerana harganya murah dan menarik. Proton perlu buat sesuatu agar jenama Proton ini kekal buat selamanya, jangan terkubur di tengah jalan. Harga biarlah murah dan yang penting sekali, kualiti kereta perlu dijaga.
    3. Saranan akhir saya agar pihak Proton perlu mengemaskini reka bentuk semua model Proton selepas 3 tahun dipasaran, (paling kurang) dengan menampilkan reka bentuk bumper hadapan atau belakang yang baru, grill yang baru, skirt yang baru agar setiap pengguna tidak bosan dengan bentuk yang lama pada setiap model, kadang-kadang tidak berubah walau melebihi 5 tahun dipasaran. Perubahan ini penting untuk meningkatkan lagi jualan setiap model Proton dipasaran.

    Harapan saya agar cadangan membina ini mendapat perhatian pihak Proton. Sekian terima kasih.


  • Alhamdulillah, saya dah pakai Iriz Manual 1.3L Standard, keluaran 2015, selama 7 bulan tanpa ada masalah kritikal. Beli keluaran 2015 pada tahun 2016. so, dapat diskaun sampai RM5,000. harga OTR RM 42,000, tapi buat loan cuma RM 37,000 saja. dah macam harga Axia dan Proton Saga.

    Secara keseluruhan pakai iriz ni oklah. Cuma yang menjengkelkan sikit tu, ialah pasal bunyi getaran dan ketukan (rattling and knocking) di dashboard yang bermula selepas 2-3 bulan pakai. bunyi ni mcm keluar sebelah kanan dashboard, kadang2 sebelah kiri. kadang2 belah tengah. macam ada mood plak kat area mana dia nak berbunyi. Ini bukan sebab bunyi barang dalam glove box atau driver box yang berlanggar sesama sendiri. Sbb saya dah test buang semua barang dalam tu. still bunyi jugak. Awal2 dulu macam takda la pulak. tapi bunyi ni tak lah sepanjang masa, sekejap ada, sekejap takda (berhantu?). Selain tu bunyi agak kuat masuk ke dalam kabin dari tayar. ada reviewer yg rekomen tukar ke tayar continental conticomfort. cadang nak tukar lepas ni. Hari tu ada brek mengejut dalam hujan lebat, lepas tu lampu brake menyala berterusan. lepas pergi servis, masalah selesai. Reverse sensor pulak tak berfungsi lepas tinggal kereta kat luar waktu ribut. tapi keesokan harinya, dah ok, tak payah gi servis pun. Ada pemilik iriz dengar bunyi tikus kat dashboard. so far, saya punya iriz takda lah tikus tu. selalu dengar bunyi ala2 ‘transformer’ kat boot enjin.. mungkin dari air-cond kot, sbb aircond Daikin kat rumah pun bila bukak, compressor di luar keluarkan bunyi yg sama. Awal2 pakai dulu pick up macam kureng sikit tapi, lepas dah 2 kali servis maintenance tukar minyak, macam enjin lebih smooth dan tajam. lebih ummm..best bawak iriz manual ni.. mantap. Orang selalu ckp iriz ni dibuat utk transmisi manual, bukan cvt. ini baru 1.3L. tak dapat bayangkan kalau 1.6L. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti nak upgrade ke 1.6L premium. cuma bagi saya pickup 1.3 manual ni tak berapa power dari gear 1 ke 2. mcm dari full stop kat lampu merah dan nak bergerak (iriz ni body berat), tapi dari gear 2 dan seterusnya mmg mantap.

    Lagi satu saya tertanya2, berapa ramai dari pemilik iriz ni yang baca buku MANUAL PEMILIK (Owner’s Manual). Dalam tu ada banyak tips dan panduan yang menerangkan sebab dan punca serta cara mengatasi apa2 masalah yang timbul. walaupun saya rasa mcm dah berpengalaman dan tahu banyak benda pasal kereta, tapi bila belek2 buku tu, rupanya masih banyak perkara yang belum tahu. silalah baca ya. baca sikit2 bila ada masa. bukan cram mcm nak studi exam. gear tersangkut kat P, sensor belakang berbunyi, suis start-stop tak boleh on..dan masalah2 lain ni ada dijelaskan dalam buku tu. cara2 penjagaan pun ada jugak dalam tu, cara nak jaga enjin, nak jaga reverse sensor dari rosak. semua ada dalam tu. bila dah pakai menonong semberono mcm tahu segalanya, bila benda rosak terus bising2. mungkin kita adalah puncanya.

    Iriz ni ada banyak yang best. binaan chassis mantap. saya selalu terpesona dgn pintu iriz belah pemandu (dan penumpang depan). pintu kereta kebal.. berat dan pejal. nak bukak dan tutup tu kene guna tenaga sikit. bila tutup, bunyi tu mmg sedap. lagi satu yang best ialah pasal brek iriz. tekan sikit pun dah mencengkam rapat (fungsi ‘Brake Assist’). awal2 pakai dulu selalu tertekan brek kuat sangat sbb dah biasa pakai kereta lama (Kia Spectra 1.6L, Auto)… mmg terbang barang2 dalam kereta. sekarang dah ok. so, dalam traffic jam, tak lenguh sangat dok tekan brek. clutch pun lembut (utk manual). stereng pun best, layan jer ambik corner. speeding tak bergegar walaupun 150-160kmj. respons stereng automatik jadi keras bila speeding dan rasa badan iriz tu melekap atas jalan walaupun hujan lebat (fungsi ‘Traction Control’), so tak rasa mcm nak terpesong keluar jalan. TIPS saya. Kalau nak iriz tu lebih pickup dan smooth bila speeding. ..TUTUP AIR-COND.


    • Tapi yang PALING PENTING bagi saya adalah ciri2 keselamatan tu. ramai dari kita yang selalu tak pandang penting hal2 ni. mentaliti kene berubah. berapa ramai yang eksiden dan cedera teruk dalam kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan bantuan teknologi terkini. mcm ESC – Kawalan Kestabilan Elektronik. Di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat, ESC ni adalah WAJIB!, bukan SUNAT. Syukur sbb sekarang Perodua pun dah pasang ESC untuk kereta Bezza 1.3L (variant Advanced sahaja). Proton dari Preve, Suprima, Exora, Iriz, Perdana semua dah ada (tapi tak semua variant, kecuali iriz dan preve. sila check dulu).

      Kalau anda memang seorang ABP (ABP – Asalkan Bukan Proton), ambiklah Bezza 1.3 Advanced tu. sbb dua jenis kereta ni yang paling mampu milik dan ada ESC di Malaysia. tolonglah ambik berat pasal hal2 ni. untuk diri sendiri dan keluarga. sbb pengalaman saya beberapa bulan lepas, hampir terbabas di selekoh sbb salah bajet ketajaman lengkok jalan, waktu tu pulak malam dan gelap, hujan renyai2. tapi Alhamdulillah dgn izin Allah, ESC ambik alih brek dan pecutan enjin, selamat. lepas dari tu saya bagitau diri sendiri, tak ada seorang pun dalam keluarga saya yang beli kereta baru selepas ni tanpa ESC!

      Hampir 50% kemalangan jalan raya di Malaysia adalah bersifat ‘boleh elak’. selalu tgk tv, byk kes2 kemalangan kat jalan, selalu terdetik dalam hati, adakah kemalangan ini boleh dielakkan? kenapa sanggup beli kereta import mahal2, tapi bab fungsi keselamatan kereta boleh pejam mata dan tolak ke tepi? Pasal ABP? Pasal reliability? Pasal tahan lama? Yer, secara umumnya kereta proton ni resale value (RV) rendah, RV Iriz pun mungkin mengalami nasib yg sama. tapi pikir pasal nyawa dan keselamatan tubuh badan dulu sebelum bercakap pasal RV. Kalau dah remuk total loss kereta tu, cedera teruk dan mati, masih mahu bercakap pasal RV? Sekarang dah ada Bezza 1.3L Advance, RV perodua lebih baik kan? so, Jangan bagi alasan dah. Ambik peluang ni, beli kereta mampu milik DENGAN ESC. dan pesan pada orang yg tersayang jugak.


  • Tapi yang PALING PENTING bagi saya adalah ciri2 keselamatan tu. ramai dari kita yang selalu tak pandang penting hal2 ni. mentaliti kene berubah. berapa ramai yang eksiden dan cedera teruk dalam kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan bantuan teknologi terkini. mcm ESC – Kawalan Kestabilan Elektronik. Di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat, ESC ni adalah WAJIB!, bukan SUNAT. Syukur sbb sekarang Perodua pun dah pasang ESC untuk kereta Bezza 1.3L (variant Advanced sahaja). Proton dari Preve, Suprima, Exora, Iriz, Perdana semua dah ada (tapi tak semua variant, kecuali iriz dan preve. sila check dulu).

    Kalau anda memang seorang ABP (ABP – Asalkan Bukan Proton), ambiklah Bezza 1.3 Advanced tu. sbb dua jenis kereta ni yang paling mampu milik dan ada ESC di Malaysia. tolonglah ambik berat pasal hal2 ni. untuk diri sendiri dan keluarga. sbb pengalaman saya beberapa bulan lepas, hampir terbabas di selekoh sbb salah bajet ketajaman lengkok jalan, waktu tu pulak malam dan gelap, hujan renyai2. tapi Alhamdulillah dgn izin Allah, ESC ambik alih brek dan pecutan enjin, selamat. lepas dari tu saya bagitau diri sendiri, tak ada seorang pun dalam keluarga saya yang beli kereta baru selepas ni tanpa ESC!

    Hampir 50% kemalangan jalan raya di Malaysia adalah bersifat ‘boleh elak’. selalu tgk tv, byk kes2 kemalangan kat jalan, selalu terdetik dalam hati, adakah kemalangan ini boleh dielakkan? kenapa sanggup beli kereta import mahal2, tapi bab fungsi keselamatan kereta boleh pejam mata dan tolak ke tepi? Pasal ABP? Pasal reliability? Pasal tahan lama? Yer, secara umumnya kereta proton ni resale value (RV) rendah, RV Iriz pun mungkin mengalami nasib yg sama. tapi pikir pasal nyawa dan keselamatan tubuh badan dulu sebelum bercakap pasal RV. Kalau dah remuk total loss kereta tu, cedera teruk dan mati, masih mahu bercakap pasal RV? Sekarang dah ada Bezza 1.3L Advance, RV perodua lebih baik kan? so, Jangan bagi alasan dah. Ambik peluang ni, beli kereta mampu milik DENGAN ESC. dan pesan pada orang yg tersayang jugak.

    Kereta ada ESC boleh jamin keselamatan kita ke? KONSEP TAWAKAL – USAHA dulu, baru BERSERAH. apa2 berlaku sesudah itu hak Allah. Bila tinggalkan rumah, kita kunci pintu sbb taknak pencuri masuk. Kita dah USAHA (kunci pintu), lepas tu berserah (TAWAKAL) pada Allah kalau pencuri masuk atau tak. Usaha dulu pakai kereta yg ada ciri2 keselamatan maksimum, kalau masih eksiden, cedera atau mati. itu urusan Dia.

    “Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat lebih dahulu. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, ia menjawab, “Saya telah benar-benar bertawakal kepada Allah.” Nabi SAW yang tidak membenarkan jawapan tersebut lalu berkata, “Ikatlah dan setelah itu bolehlah engkau bertawakal.”” – https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/16/tawakal-alallah/

    – Kenal dulu ‘kemampuan’ kereta anda sebelum tekan pedal kuat2. –

    VIDEO RUJUKAN PASAL ESC:

    1. Bahasa Indonesia – https://www.youtube.com/watch?v=mbqgsAjuot8

    2. Bahasa Inggeris – (a) https://www.youtube.com/watch?v=VGjdoGJItX8 ; (b) https://www.youtube.com/watch?v=MCRLKRluk1w; (c) https://www.youtube.com/watch?v=vhdjXqbyj5s; (d) https://www.youtube.com/watch?v=C4-Lbt8KHkw


  • Kereta ada ESC boleh jamin keselamatan kita ke? KONSEP TAWAKAL – USAHA dulu, baru BERSERAH. apa2 berlaku sesudah itu hak Allah. Bila tinggalkan rumah, kita kunci pintu sbb taknak pencuri masuk. Kita dah USAHA (kunci pintu), lepas tu berserah (TAWAKAL) pada Allah kalau pencuri masuk atau tak. Usaha dulu pakai kereta yg ada ciri2 keselamatan maksimum, kalau masih eksiden, cedera atau mati. itu urusan Dia.

    “Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat lebih dahulu. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, ia menjawab, “Saya telah benar-benar bertawakal kepada Allah.” Nabi SAW yang tidak membenarkan jawapan tersebut lalu berkata, “Ikatlah dan setelah itu bolehlah engkau bertawakal.”” – https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/16/tawakal-alallah/

    – Kenal dulu ‘kemampuan’ kereta anda sebelum tekan pedal kuat2. –


  • Asal proton ajer nak komplen,Nak sedap beli lah BMW…atau Ferrari.kata member sy,hehe he…,,,,harga nak murah lepastu nak perfect 100%….,,kereta jenama lain tak sampai setahun beli Ada jugak problem,banyak,,tak cayer Cuba tanya mereka…??.,,cuma mereka malas nak gembar-gemburkan..malu katanya.,,,setakat minor problem biasalah…,,mana2 kereta semua sama Ada masalahnya yg tersendiri.1lagi kena belajar pasal technology kereta tu….janganlah main lenjan ajer…,,silap2 punca rosak adalah kerana diri kita sendiri.pada sy iriz Perfect.,technology terkini Dan more safety..,,guna CVT biasalah bunyi kasar sikit.kreta jenama lain guna CVT jugak, pun sama bunyi kasar juga…Tapi diorang tak bising pun,diorang tak komplen kecoh pun.kalau ikotkan kereta yg pakai technology harga dah 70k keAtas….,,kawan sy pakai iriz 1.3cvt dah 8Bulan.dia kata OK ajer.,,dashboard OK….,,enjin Dan yg lain2 OK takda apa2 Masalah,,Tahan lasak lagi,corner mantap walaupun laju& takdalah bising sangat Dan yg paling best minyak dia jimat.cuma Ada gegar sikit Kat Tayar..,,sebab tayar dia berpusing….hehehe.


  • Kawan sy pakai iriz 1.3 CVT dia kata OK jer….tip top,,dia pakai dah 8bulan.dashboard OK takda problem….,,,Gear CVT OK ..dalam kabin takdalah bising sangat.normal ajer…,,corner laju Mantap tak membuang ,,yg paling Best minyak JIMAT,,laju pun laju,,cuma Ada bunyi gegaran katanya dekat Tayar…,,sebab Tayar berpusing….hehehe.itu ajer..

    .
    Katanya kalau ko nak sedap lagi ambil lah BMW atau Ferrari…,,harga nak murah lepastu nak 100% perfect.asal proton ajer nak complain,hehehe .dia kata kreta lain pun guna CVT pun sama jugak bunyi kasar jugak,,tapi diorang takda lah kecoh sangat.dia tak bising pon..sebab dia paham itu technology.dia kata kreta jenama lain…Ada juga Masalah tak sampai setahun beli.hasta kerana import pun sama jugak..tak cayer Cuba Tanya mereka??cuma mereka malu ajer nak cakap.pendek kata setiap kreta Ada masalahnya yg tersendiri.setakat minor2 problem biasalah .mana2 pun sama.kadang2 NASIB.ye tak??
    .
    Lagi 1kita kena paham tecnology kreta kita tu,,jgn main lenjan ajer.dikhuatiri punca Masalah adalah Dari kita sendiri.

    Pada sy iriz adalah mantap ,,ikot technology terkini Dan penuh safety.biasanya kereta sebegitu harganya dah 70k keAtas…


  • Sy mempunyai masalah lampu ABS..lampu hand brake dan ESC menyala masa driver…stering tiba2 jadi berat…blum smpi sthn guna dh ada masalah .pegi eon servis mcm tu gak…kejap aje hilang timbul balik 3 simbol tu….kata sensor rosak..dah msk 1 bulan menunggu alatganti yg tidak kujung tiba….sedih dgn proton


  • salam…sy baru nak ambil iriz 1.3 std cvt…esok atau lusa dpt keretanye…naik takut plk nak pakai bila tgk komen ni…tp sbb dah nk pakai kan…redha jelah…hope tkda masalah sgtlah.


    • jgn risau Puan. Proton yang baharu ni dah ok. Berbanding yang 1st batch 2014. Ini memang diakui oleh Proton. Diorang keluarkan Iriz secara tergesa-gesa walaupun belum diuji sepenuhnya sebab nak saingi Axia.


    • Iriz 1.3L 2017 telah dipertingkat serta ditala transmisi dan enjinnya sama seperti saga 1.3L 2016. Lebih senyap dan responsive Serta penambahbaikan NVH yang ketara.


  • Iriz…bergantung pada nasib..;(..kete saya rasanya dh mcm2 kene tuka..gearbox jer yg x kene tuka lg..kualiti kete susah nk ckp..sgt menyedihkn .kang ckp yg betul ada yg marah..tp x kene batang idung sendiri..igt wat loan beli kete tu pakai daun..kita yg menanggung utang..tp kete belum setahun dah mcm2 masalah..dr skrin radio..dah seketul kene tuka.sit..belah dpn..dua2 dah tuka..pintu belah dpn..dua2 dah kene repair ..sblm ni bunyi mcm bukak pintu lori..bateri..x sampai setahun..dah kong..masalah kua lambang airbag..3 kali kene turun proton tuk repair…sit bell sensor x berfungsi..tu dah lebih 3 kali terjadi..lum lg bunyi berdesing kat enjin..mcm2 lh..tu dah ada part yg proton tuka..tgk bil 3k lebih..nasib masih dlm warranty..rasanya dh mcm2 lh kene tuka..cer pikir..bila dh habis warranty.??. Sape kene tanggung…tu malas nk bukak citer..kang ckp nk jatuhkn kete msia..


    • “sit bell” tu tuan maksudkan Seat Belt lah kan? Tu yang termenung sebentar fikir balik, kat celah mana pulak proton letak “loceng duduk” dalam kereta tu..


    • sama la masalah kita ni..nyesal beli iriz ni..bukan tak bersyukur..loan bulan2 kena bayar..mcm tak berbaloi..dulu pakai myvi 1.3 jimat tapi skrg pakai iriz 1.3 auto mmg mkn minyak kaw2…engin kasar takde pickup meraung smp 4000rpm nk smp 120km..gilar laa..terpaksa la tggu hutang kurang sikit lepas tu tukar keta lain la…taknk ambik keta proton ni..skrg mcm2 spare part rosak..aircond rosak, motor viper rosak, sensor reverse rosak, belt blkg penumpang rosak, dashboard bunyi bising, tingkap bising bila turun..adusss..sakit kepala…


  • salam…
    Saya pengguna Iriz 1.6 Exec sejak 2015..jalan dah jauh…mileage skrg hampir 90k km….memang best ..x byk masalah…cuma skrg ni timbul sikit masalah bila bawa laju lebih 120km dlm 10min …temperature akan naik ke 4-5 bar…bawa slow ianya turun balik….dah servis cuci radiator…tukat thermostat ok jap…sebulan lepas tu jadi balik…dlm tempoh terdekat nak cuba tukar timing belt dan waterpump sbb dlm buku manual cadang ganti timing belt pd 100km tp sebb nk ganti waterpump ..baik ganti skali timing belt..dah check ..harga timing belt dlm rm 180…mungkin + waterpump+ganti belting yg lain mungkin gabis dlm Rm 600….harap2 selesai masalah lepas ni…..
    ada tak geng2 Iriz yg lain yg ada masalah sama mcm ni


    • nak tanya la. kalau kereta iriz saya (baru 3 thn) still under warranty, perlu jugak ke tukar timing belt dekat proton servis center? mileage skrg 93k km. harga timing belt dkt proton sc saje dah RM 335. labor cost plak RM 180. kalau kt kedai luar x de la semahal ni. tapi sebab pikir under warranty ni yg risau ni kalau main tukar dkt luar. ada sesiapa boleh tolong jawab x?


  • Nak tanya org lama guna iriz… kenderaan sptutnya servis 10k km … skg dah 15k km … minyak apa yg patut dgunakan.. mohon pendapat org lama..


  • baru pakai 2 minggu…cover bawah side mirror da trcabot hilang ntah kat mana..bkn kerana kena rembat..
    pemasangn x kuat..sedih
    claim proton….da 3 minggu x dapt2..haishhh…


  • Salam dan selamat sejahtera warga PICM.. kereta proton iriz saya tk boleh pakai batang stabilizer link sbb pakai adjustable dh tk ngam klau pakai jadi stuck n sangkut dgn batang driveshaft pada discbrake tu, so tupang anjing tu kene pendek sikit. Ada ke stabilizer link aka tupang anjing tu brand kereta lain yg boleh masuk iriz?? Sy tanya kedai sparepart banyak yg tk sama tapak waja n satria neo.. sapa2 yg tahu pasal bende ni tolong bantu.. handling lari klau tk pakai.


  • Proton iriz sy model 2014 masalahnya tak boleh hidup tpi bila Cuba jamper tak boleh jga macam starte ketat nak pusing Dan lampu kecemasan menyalah


  • masalah kereta saya pl
    1.bila langgar bonggol dengan kelajuan tertentu ..dengan bunyi hentakan kuat semasa tayar melepasi bonggol hanya bahagian depan terutama sebelah kiri
    2.deskboard depan macam2 bunyi yg tidak menyenangkan ada nak hantar service center tak ada kereta gantian ..sangat mengecewakan bertahan saja dah hampir 4th


  • kereta sya bila diletak gear di parking x bole ditarik untuk kita jln semula mcm nk tecabut gear pada hal baru 3 tahun sya pkai kereta ni.keta baru bukan nya secon hand .nta pusat servis dia kata dlm seribu ada cam tu bole ke ckp cam tu bila jadi lagi kali kedua dia kata sya tarik geat ganas. ini jadi lagi lak kali ketiga .tapi lom anta lagi pusat servis kali ni x tau apa la depa nk ckp.sya ni bukan petik duit dari pokok nk ulag alik2


    • Salam, nak Tanya, dah pakai proton iriz 3 tahun lebih. Kereta sekarang overheat , tak pernah jadi sebelum ni , lepas hantar service. ,dia cakapa ada problem kat engine ,ada warranty 5 tahun , maksudnya ada lagi 1 tahun lebih lagi warranty , so boleh ke kalau nak claim warranty dr proton untuk repair bahagian engine?


  • nak tanya la. kalau kereta iriz saya (baru 3 thn) still under warranty, perlu jugak ke tukar timing belt dekat proton servis center? mileage skrg 93k km. harga timing belt dkt proton sc saje dah RM 335. labor cost plak RM 180. kalau kt kedai luar x de la semahal ni. tapi sebab pikir under warranty ni yg risau ni kalau main tukar dkt luar. ada sesiapa boleh tolong jawab x?


    • Sy pun dh start servis luar instead pegi sc since tahun 3. Bkn ape harga sgt cekik darah. Alhamdulillah xde masalah yg kritikal dh 4 tahun guna. Bearing blakang sy pun dah tukar di bengkel luar. Harga xingat tapi xsampai rm300 pun.


  • saya dah pakai iriz 4 tahun.manual 1.3cc.habis je free servis atau warenti byak masalah timbul.yg desbot berbunyi tu dr awal lg memang xda penyelesaian bunyi yg kluar.lpas 4 tahun clutch pam rosak(dalam gearbox)
    tak lama pas tu stering end rack plak bunyi atau dh longgar(xperasan ada langgar lobang tp jalan yg sy lalui elok je. skg bearing tayar plak bedengung…apa2 la nasib si Iriz saya ni.tak tau dh lepas 5 tahun nanti apa plak yg rosak…jaga tu dah jaga dah…bukan 0 ilmu pasal kereta ni….huhu

Leave a Reply