ARKIB

KATEGORI

Buletin

Semua model yang dijual Scania (Malaysia) boleh guna diesel B10 tanpa jejas waranti

Berita Tempatan

Views

Menurut kenyataan media ringkas yang dikeluarkan oleh Scania (Malaysia) Sdn. Bhd., mereka memaklumkan yang semua model Scania yang dijual oleh syarikat tersebut boleh menggunakan diesel B10 tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian.

Waranti asal akan terpakai jika menggunakan bahan bakar tersebut yang terdiri daripada campuran 10 peratus biodiesel dan 90 peratus diesel. Ini bermakna, ia tidak akan memberi kesan kepada pelanggan sedia ada berhubung dengan waranti.

JOM BACA >> AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?

Prosedur operasi atau kekerapan servis kenderaan juga tidak berubah. Selain itu, tiada kos tambahan yang akan ditanggung kerana tiada peralatan tambahan diperlukan. Menurut Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara Marie Sjödin Enström, Scania terus menjadi peneraju dalam penyelesaian pengangkutan yang mampan.

Pelbagai model yang menggunakan bahan bakar alternatif telah pun beroperasi di seluruh dunia sejak beberapa tahun lalu termasuklah di Asia Tenggara. Pelanggan terus menikmati keuntungan sambil beroperasi secara mesra alam menerusi pengurangan pelepasan karbon dioksida.

JOM BACA >> GEV Patagonia – ‘Motorhome off-road’ mewah untuk kembara lasak

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply