ARKIB

KATEGORI

Buletin

Senarai harga pakej kit badan Proton Saga versi 2.0 dari TuneD

Views
SAGA TuneD VER 2 0

Kami baharu sahaja dihubungi oleh pihak TuneD berkenaan pakej harga yang ditawarkan untuk pakej kit badan Proton Saga versi 2.0 susulan dari maklum balas positif dari netizen setelah kami mengeluarkan artikel mengenainya dua hari lepas. Sebenarnya ramai yang agak terkejut dengan harga yang ditawarkan pada RM 5,490 yang dikatakan agak premium untuk kereta sedan bajet. Jangan bimbang, TuneD ada tawarkan tiga pilihan pakej kit badan Proton Saga versi 2.0 yang sesuai dengan bajet anda.

BACA >> Kit badan Proton Saga versi 2.0 TuneD kini lebih mengancam!

Berikut adalah senarai pilihan pakej yang ditawarkan oleh TuneD :

PILIHAN PAKEJ 1

  • Harga – RM 5,490 Standard : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Pemantul Cahaya LED + Skirt Sisi + Emblem TuneD + Cat keseluruhan badan kereta dengan warna istimewa “Fierce Red”.

PILIHAN PAKEJ 2

  • Harga – RM 2,690 Standard : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Pemantul Cahaya LED + Skirt Sisi + Emblem TuneD (kit badan tanpa warna).

PILIHAN PAKEJ 3

  • Harga – RM 3,910 Standard : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Pemantul Cahaya LED + Skirt Sisi + Emblem TuneD (warna kit badan mengikut warna kereta pemilik).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply