ARKIB

KATEGORI

Buletin

Senarai varian Toyota Avanza/Daihatsu Xenia generasi baharu didedahkan

Berita Global

Views

Senarai varian kembar Perodua Alza 2022 (D27A), Toyota Avanza/Daihatsu Xenia (D26A) generasi baharu yang bakal dilancarkan di Indonesia pada awal bulan November tahun ini telah didedahkan.

Menurut penulis permotoran dari negara jiran, Indra Fathan, apa yang pasti kedua-dua model ini akan dijana oleh dua pilihan enjin, iaitu 1.3-liter 1NR-VE dan 1.5 -liter 2NR-VE yang digandingkan bersama pilihan transmisi manual dan CVT.

Kedua-dua model ini juga akan ditawarkan dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS)/Advance Safety Assist (ASA). Berikut adalah senarai pecahan varian yang bakal ditawarkan:

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Toyota Avanza

  • 1.3 E MT
  • 1.3 E CVT
  • 1.5 G MT
  • 1.5 G CVT
  • 1.5 G TSS CVT
  • 1.5 Veloz MT
  • 1.5 Veloz CVT
  • 1.5 Veloz Q CVT
  • 1.5 Veloz Q TSS CVT

Daihatsu Xenia

  • 1.3 M MT
  • 1.3 X MT
  • 1.3 X CVT
  • 1.3 R MT
  • 1.3 R CVT
  • 1.5 R MT
  • 1.5 R CVT
  • 1.5 R ASA CVT

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Untuk Avanza, varian dengan enjin 1.3-liter akan hanya ditawarkan pada varian asas (E), manakala varian terlarisnya (G) akan menggunakan enjin 1.5 -liter. Bagi varian Veloz pula akan mendapat tambah satu varian baharu, iaitu Veloz Q dan TSS akan turut ditawarkan pada varian G.

Varian M akan ditawarkan kembali pada model Xenia sebagai varian asas dengan enjin 1.3-liter dan transmisi manual. Varian andalan (R), akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.3-liter dan 1.5 -liter, manakala ASA hanya ditawarkan pada model dengan transmisi CVT sahaja.

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond berkata, model pengganti Alza (D27A) bakal ditawarkan dalam tiga pilihan varian dan Perodua akan turut memasang satu varian Avanza 2022 di kilang yang sama. Pembangunan model telah bermula sejak Mei tahun lalu dan ia dijangka diperkenalkan pada suku pertama tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply