ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sengaja menghalang lalu lintas – Polis Daerah Iskandar Puteri ambil tindakan pada peserta geng konvoi

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular satu rakaman video dari dashcam yang memaparkan gelagat marshall yang sengaja menghalang laluan dan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan kepada konvoi sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkairi bin Mukthar, berkata pihaknya telah mengambil tindakan ke atas pemandu motokar jenis KIA Forte (nombor pendaftaran WVF 4098) dan pemandu motokar jenis Perodua Myvi (nombor pendaftaran JRG 384) kerana menghalang lalu lintas pada 13 Disember 2019.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kedua-dua motokar tersebut turut disita untuk tindakan lanjut. Manakala 17 buah kenderaan lain yang menyertai konvoi tersebut juga akan dikompaun di bawah Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas (melanggar lampu isyarat merah).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply