ARKIB

KATEGORI

Tular

Sengaja rempuh beberapa kenderaan untuk melarikan diri, suspek kes curi diburu polis

Tular

Views

Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri dalam sebuah pasar raya di Tebrau di Johor Bahru, malam tadi membabitkan barangan bernilai RM952.19.

Menurut Harian Metro, lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu turut dilaporkan memandu Honda City secara berbahaya sehingga merosakkan beberapa kenderaan lain di parkir pasar raya terbabit ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Shamsudin dan beralamat terkini di Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, hasil semakan suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dalam bangunan, selain dua rekod lain kes jenayah, satu rekod lampau kes dadah dan dua rekod dikehendaki polis juga dalam kes dadah.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Terdahulu, Raub berkata, seorang wanita tempatan yang bersama-sama dengan suspek lelaki itu berjaya ditahan pihak pengurusan pasar raya.

Pihaknya mendapat maklumat daripada pengurus pasar raya besar itu memaklumkan pihaknya menahan suspek wanita berusia 31 tahun yang terbabit dalam kejadian curi dalam bangunan itu.

Pengadu mendakwa kejadian berlaku pada jam 7.15 petang apabila suspek lelaki dan wanita itu membawa barangan dari dalam pasar raya keluar melalui mesin pengesan layan diri tanpa membuat sebarang pembayaran.

Bagaimanapun, suspek lelaki itu berjaya melarikan diri menaiki sebuah kereta dan memandu secara berbahaya sehingga melanggar sebuah motosikal dan sebuah kereta di parkir itu ketika cuba ditahan orang awam.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut beliau, polis turut merampas pelbagai jenis coklat, ubat gastrik, ‘seat hook’ dan pemegang telefon bimbit yang keseluruhannya bernilai RM952.19.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek wanita mendapati dia positif methamphetamine serta mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan dadah.

Suspek wanita kini direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Raub meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi terus talian hotline Polis Daerah JBS di 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin di talian 017-3498690 bagi menbantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply