ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sengaja rosakkan pagar LPT untuk lepas lembu ragut rumput

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 174 kes kerosakan pagar dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejak 2017. Menurut Astro AWANI, Pengurus Perniagaan Wilayah Timur LPT2 Sdn Bhd, Roszi Ibrahim berkata, keadaan itu menyebabkan pihaknya terpaksa memperuntukkan RM5 juta sejak 2018 bagi pemasangan pagar baharu di lebuh raya berkenaan.

Katanya, pagar keselamatan itu dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selepas kerja pemotongan rumput di sekitar lebuh raya. Tambah Roszi, pihaknya akan meningkatkan kekerapan pemantauan di sepanjang lebuh raya terutama pada waktu malam bagi memastikan keselamatan pengguna.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Kenyataan itu dikeluarkan berhubung kes sembilan ekor lembu mati selepas dirempuh dua buah kenderaan dalam kemalangan di kilometer (km) 291.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan – Kuala Terengganu pada Jumaat lepas.

Berdasarkan maklumat dikongsikan kepada Astro AWANI, ada pihak sengaja merosakkan pagar keselamatan untuk membuka laluan kepada lembu ternakan meragut rumput. Akibatnya, ternakan bebas memasuki kawasan lebuh raya dan membahayakan keselamatan pengguna LPT 2 terutama pada waktu malam.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Sehubungan itu, seorang pengguna lebuh raya, Mohd Ezam Sulaiman meminta pihak pengurusan mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik haiwan berkenaan kerana mereka sering ‘lepas tangan’ jika berlaku kemalangan. Kata seorang lagi pengguna, Sharul Ngah, boleh dikatakan seminggu sekali pasti akan ada kes kenderaan melanggar haiwan di lebuh raya tersebut.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd Izuan Ismail berkata, dia memang bimbang setiap kali melalui lebuh raya itu kerana terpaksa menanggung sendiri risikonya. Katanya lagi, yang paling dibimbangi adalah pada waktu malam kerana jarak penglihatan yang terhad.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply