ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sengaja tak berhenti di SJR, tiga lelaki naik Myvi ditahan unit MPV polis

Berita Tempatan

Views
@mrkateki##king♬ #WIPEITDOWN – BMW KENNY

Tindakan tiga lelaki yang sengaja tidak mahu memberhentikan kereta ketika ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan sebuah bank di Jalan Serdang, di Kulim, mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.

Menurut Harian Metro, tindakan samseng mereka yang berusia 24 hingga 26 tahun itu turut mengundang bahaya kepada seorang pegawai polis berpangkat inspektor kerana hampir dirempuh Perodua Myvi dinaiki suspek.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam berkata, dalam kejadian 6.30 petang itu, pegawai polis berkenaan sudah memberi isyarat kepada pemandu kereta dinaiki suspek supaya memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.

Kataya, jarak antara pegawai dan kereta dinaiki suspek kira-kira 15 meter dan ketika diarahkan berhenti pemandunya terus memecut laju menuju ke arah mangsa.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Mujur mangsa sempat mengelak namun tangan kiri pegawai terbabit dilanggar hingga merosakkan radio mudah alih dipegangnya selain cermin sisi kiri kereta suspek turut pecah.

Beliau berkata, suspek kemudian memecut kereta menuju ke arah jalan Kilang Lama dan pegawai terbabit bersama anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) mengejar mereka.

Walaupun arahan diberikan menggunakan pembesar suara, suspek tetap berdegil dan memandu secara merbahaya dengan turut melanggar lampu isyarat.

Bagaimanapun, cubaan suspek untuk melepaskan diri tidak berhasil apabila mereka akhirnya berjaya ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Menurutnya, polis melakukan pemeriksaan lanjut namun tidak menemui sebarang senjata atau barang yang menyalahi undang-undang dalam kereta suspek.

Suspek juga bebas daripada pengaruh dadah, namun pemandu kereta didapati tiada lesen memandu manakala dua penumpang pula tidak membawa dokumen pengenalan diri.

Tambah beliau, semua suspek memberitahu mereka sengaja enggan bekerjasama dan memberhentikan kereta walaupun sudah diarahkan berbuat demikian.

Katanya, polis menyiasat kemungkinan semua suspek ini terbabit atau mempunyai kaitan dengan mana-mana geng kongsi gelap. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) Seksyen 186 KK dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply