ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seorang doktor jadi pemilik pertama Proton X50 di Mauritius

Berita Global

Views

Laman Facebook rasmi Proton Mauritius menerusi satu hantaran ringkas memaklumkan pihaknya telah menyerahkan unit pertama Proton X50 di negara kepulauan tersebut.

SUV kedua Proton itu telah diserahkan kepada Dr Noushrine Gauzee yang turut ditemani oleh ahli keluarganya. Proton Mauritius turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada individu tersebut.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Dalam artikel terdahulu, Proton X50 telah mula dijual di negara tersebut sejak 4 Februari lalu.

Model berkenaan dijual pada harga atas jalan tidak termasuk insuran bermula dari Rs.1,275,000 (RM121,822). Proton X50 turut ditawarkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 150,000 km.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Enam pilihan warna ditawarkan iaitu Snow White, Armour Silver, Ocean BlueJet GreyCitric Orange dan Passion Red.

Jika merujuk kepada laman sesawang rasmi Proton Mauritius, ada empat varian ditawarkan bermula dari varian Standard 2WD, Executive 2WD, Premium AWD dan Flagship X 2WD.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Mauritius

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply