ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seorang remaja lelaki positif COVID-19 maut disyaki berlumba haram

Berita Tempatan

Views

Dua remaja lelaki maut, selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dipercayai ketika sedang berlumba haram di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau, dekat Tawau, petang semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa, Mohamad Ekhsan, 16, dan Rendy Salombe,15, masing-masing dari Kampung Seri Menanti dan Kampung Tanjung Batu Darat, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal ditunggang mangsa bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan.

Tambahny,a selain tidak memiliki lesen, ketika kejadian kedua-dua penunggang juga tidak memakai topi keledar dan adalah disyaki mereka terbabit dalam aktiviti lumba haram.

Peter berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik sebenar salah sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan berkenaan berikutan alamat pemilik berdaftar adalah di daerah Semporna.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, ujian saringan COVID-19 mengesahkan salah seorang mangsa didapati positif wabak itu. Bagaimanapun, sampel darah mereka telah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, sejak malam tadi tular di media sosial rakaman menunjukkan kejadian kemalangan membabitkan dua motosikal dengan kedua-dua mangsa masing-masing terbaring di atas permukaan jalan.

Difahamkan, sebelum ini lokasi kejadian kerap digunakan untuk aktiviti dan penganjuran sukan permotoran termasuk “drag race.”

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply