ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sepasang suami isteri cemas tingkap sisi Alza ditembusi ‘objek misteri’

Berita Tempatan

Views

Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila tingkap sisi Perodua Alza dinaiki pecah ditembusi objek yang belum dikenal pasti ketika melalui Jalan Kampung Batu 7, Renggam – Simpang Rengam, petang semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng, berkata dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, pasangan berusia 30-an itu dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Kluang.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Jelas beliau, ketika pengadu memandu kereta jenis Perodua Alza bersama isterinya, terdengar bunyi hentakan kuat di tingkap kanan keretanya. Pengadu telah memberhentikan kenderaannya berhampiran sebuah premis dan selepas membuat pemeriksaan, mendapati cermin tingkap sisi depan kanan dan kiri retak serta terdapat kesan lubang tembus kecil disyaki akibat sesuatu ketulan keras.

Dalam kejadian ini pengadu bersama keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata, siasatan telah dijalankan dengan bantuan Forensik dari Ibu Pejabat Kotinjen (IPK) Johor dan tidak menjumpai apa-apa serpihan peluru atau galas (bearing) yang boleh dikaitkan dengan sebarang senjata.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti objek yang menyebabkan cermin kereta pengadu dipecahkan. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan maklumat yang ingin disalurkan kepada pihak polis boleh menghubungi talian 07-778 4222 atau hotline 07-776 6822.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply