ARKIB

KATEGORI

Buletin

Serang pemandu ambulans KKM, tiga lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan tiga lelaki termasuk remaja menyerang pemandu ambulans yang sedang membawa pesakit wanita di sebuah pasar raya membawa padah apabila ditahan semalam.

KOSMO!ONLINE melaporkan, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam sekitar daerah ini.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penangkapan itu susulan laporan polis diterima daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tanjung Karang berusia 27 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam, Isnin lalu apabila seorang pemandu ambulans diserang ketika membawa dan memindahkan seorang wanita yang cedera di sebuah pasar raya ke ambulans.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ekoran laporan itu, polis kemudiannya menahan tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian tersebut. Punca kejadian masih dalam siasatan dan permohonan reman terhadap kesemua suspek dibuat pagi ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Terdahulu, tular video berdurasi 32 saat memaparkan detik-detik kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dihalang sewaktu sedang memindahkan seorang pesakit menggunakan pengusung beroda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply