ARKIB

KATEGORI

Buletin

Serang polis dan cederakan pemandu bas – 2 lelaki didakwa atas empat pertuduhan

Berita Tempatan

Views

Sabtu lalu tular satu rakaman video yang memaparkan dua lelaki menyerang seorang pemandu bas pelancong di Gelang Patah, Johor Bahru. Berita Harian melaporkan, kedua-dua lelaki itu telah didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret semalam, antaranya mendatangkan kecederaan kepada pemandu bas dan menyerang anggota polis.

Mekanik, Lim Kia Pin, 39, dan penjual aksesori kereta, Lai Kok Kong, 32, mengaku tidak bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom. Bagi pertuduhan pertama, Kia Pin dan Kok Kong dituduh secara bersama-sama berkelakuan tidak senonoh dengan bertindak agresif dan membuat bising ketika berada di Balai Polis Gelang Patah kira-kira jam 4.35 petang, 24 Januari lalu.

Pada jam 5.51 petang, hari yang sama, mereka juga dituduh secara bersama-sama menyerang seorang anggota polis ketika menahan mereka di lokap balai polis yang sama. Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan, jika disabit kesalahan serta Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Mereka turut didakwa secara bersama-sama melakukan khianat dengan merosakkan barang dalam sebuah bas persiaran iaitu kamera perakam perjalanan dan cermin bas yang dipandu Nor Hafiz Nor Azmin, 32, di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah, kira-kira jam 1.45 tengah hari, 24 Januari lalu.

Bagi pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kok Kong turut dituduh mendatangkan kecederaan kepada Nur Hafiz dengan menggunakan senjata iaitu mesin gerudi tangan, botol air minuman dan tin penyembur serangga di dalam bas berkenaan kira-kira jam 1.45 tengah hari, 24 Januari lalu.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripadanya. Kia Pin turut berdepan tuduhan mendatangkan kecederaan kepada Nur Hafiz dengan menggunakan anggota badannya di lokasi, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhayati Muhammad Fathullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Ahmad Yusri Ahmad Fuad.

Majistret memerintahkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Mereka juga diperintahkan dengan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa sepanjang tempoh perbicaraan. Sebutan ke telah ditetapkan oleh Majistret pada 13 Februari depan bagi penyerahan dokumen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply