ARKIB

KATEGORI

Buletin

Serangan depoh minyak Aramco, GP Arab Saudi akan diteruskan

Berita Global

Views

Penganjur Grand Prix (Arab Saudi) dijangka diteruskan walaupun berlaku serangan yang ke atas kemudahan minyak di Jeddah oleh kumpulan Houthi mengaku bertanggungjawab terhadapnya semalam.

Menurut MalaysiaGazette, depoh minyak Aramco milik kerajaan yang terletak kira-kira 10 kilometer ke timur litar terbakar petang semalam. Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, mereka dapat mengawal dan memadamkan kebakaran itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Wakil kumpulan Houthi – kini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Yemen yang disokong Arab Saudi – mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan peluru berpandu itu.

Pemandu dangan anggota pasukan Formula Satu (F1) telah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali pada Jumaat, dengan sesi latihan kedua dilewatkan, lapor ESPN seperti dipetik agensi berita, UPI.

Domenicali berkata, beliau telah diberi jaminan oleh pihak berkuasa Arab Saudi mengenai keselamatan acara tersebut, lapor The Guardian.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Pihaknya telah menerima jaminan penuh, untuk negara, keselamatan, tidak kira situasi apa – keselamatan telah dijamin, kata Domenicali.

Oleh itu, pihaknya berasa yakin dan percaya pihak berkuasa tempatan. Tambah beliau lagi, sudah tentu pihaknya akan meneruskan acara ini. Saudi Motorsport Company (SMC) mengesahkan perlumbaan itu akan diteruskan seperti dirancang.

SMC sedar tentang serangan stesen pengedaran Aramco di Jeddah pada tengah hari ini (semalam) dan kekal menghubungi pihak berkuasa Arab Saudi, dan F1 dan (Persekutuan Automobil Antarabangsa) bagi memastikan keselamatan dan langkah keselamatan terus dilakukan bagi menjamin keselamatan semua pengunjung GP Arab Saudi dan pemandu, pasukan dan pemegang taruh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply