ARKIB

KATEGORI

Tular

Set dapur barbeku ini dibikin dari kereta potong Audi A7 Sportback

Berita Global

Views

Peribahasa mengatakan “kalau tiada rotan, akar pun berguna”. Kalau anda ada kereta lama yang sayang nak jual kat besi buruk atau kedai potong, kami sarankan tiru idea ini. Seorang lelaki berjaya merakam kelibat bahagian belakang sebuah kereta jenis Audi A7 Sportback yang telah dikerat dua dan diubahsuai menjadi set dapur barbeku bergerak.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Foto ini telah tular di Reddit dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Besar kemungkinan Audi A7 Sportback yang dikerat dua itu telah terlibat dalam kemalangan yang serius dan dengan daya kreativiti yang tinggi ia telah diubahsuai menjadi sesuatu yang berguna daripada menghantarnya untuk dilupuskan.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Hasilnya memang sangat padu kerana pemilik set dapur barbeku ini telah berjaya ‘berfikir di luar kotak’. Mungkin dia terpaksa mengorbankan sedikit duit untuk membeli bangkai Audi tersebut dan mengubahsuainya. Jika anda perhatikan betul-betul di bahagian belakang treler ini, ada tertera nombor plat ‘BBQD A7’. Idea yang bijak dan unik bukan?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply