ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setel dan Siti Khadijah derma telekung bernilai RM100,000

Berita Tempatan

Views

Sempena bulan Ramadan, Setel dan Siti Khadijah akan menderma telekung bernilai RM100,000 menerusi inisiatif Setulus Kasih bagi menyokong wanita yang memerlukan.

Ia sekali gus menandakan kerjasama terkini antara kedua-dua jenama untuk melancarkan pekhidmatan Setel Pay di 31 cawangan Siti Khadijah di seluruh negara, selain memperluaskan Setel Express sebagai rakan penghantar utama bagi jenama pakaian muslimah tempatan ini.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata kerjasama unik ini membolehkan Setel menyokong komuniti, selain menawarkan penyelesaian bersepadu bagi membolehkan perniagaan meningkatkan pelan pendigitalan menerusi ekosistem Setel.

Menerut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin, peluang kerjasama dengan Setel, salah satunya menerusi Setel Express, memberi manfaat besar kepada Siti Khadijah dari segi khidmat penghantaran.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Di samping itu, pengguna Setel boleh menggunakan Setel Pay bagi pembelian di mana-mana cawangan Siti Khadijah yang mengambil bahagian dan sebahagian daripada hasil jualan dari 3 April hingga 31 Mei 2022 akan disumbangkan kepada inisiatif derma.

Melalui Setel Pay, pelanggan sesebuah perniagaan dapat menikmati kemudahan pembayaran tanpa sentuh sambil memperoleh mata ganjaran Mesra. Setel Express pula menawarkan khidmat penghantaran yang lebih lancar dan mampu milik untuk entiti-entiti perniagaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply