ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setel je dengan DuitNow sambil kumpul mata ganjaran Mesra

Berita Tempatan

Views

Setel baru-baru ini telah melancarkan DuitNow QR dan menyertai ekosistem berskala besar yang dioperasikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet).

Manfaatnya dapat dinikmati oleh peniaga-peniaga DuitNow QR yang kini memiliki akses ke para pengguna aktif Setel.

Aplikasi Setel kini boleh digunakan untuk mengimbas dan membuat pembayaran di mana-mana kedai yang menyediakan kod DuitNow QR.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dalam tempoh setahun, pengguna Setel juga akan dapat menghantar dan menerima dana melalui DuitNow QR serta menjana kod DuitNow QR mereka sendiri bagi memudahkan pemindahan dana ke e-dompet mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, integrasi dengan DuitNow QR membuktikan komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik, khususnya buat pengguna kenderaan.

Ketua Pegawai Komersial PayNet, Gary Yeoh pula menambah, menerusi kerjasama antara Setel dan DuitNow QR ini, pihaknya dapat menaik taraf kemudahan dan kebolehcapaian buat seluruh rakyat Malaysia.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bermula 30 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023, pengguna Setel boleh mengumpul mata ganjaran Mesra bagi setiap transaksi bayaran yang dibuat melalui DuitNow QR.

Mata ganjaran tersebut boleh ditebus untuk pembelian petrol serta pelbagai ganjaran menarik yang lain. Fungsi ini dapat diakses dengan mudah melalui tab ‘Bayar’ yang terletak di laman utama aplikasi Setel.

Ketik sahaja butang ‘Imbas kod QR’, dan setelah fungsi pengimbas muncul di skrin anda, imbas kod DuitNow QR yang disediakan, tetapkan jumlah bayaran, dan hantar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply