ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setel perkenal ciri Deliver2Me dan Setel Wallet

Berita Tempatan

Views

Setel akhirnya berjaya mencapai matlamat untuk menembusi pasaran peruncitan mudah alih di Malaysia dengan pengenalan ciri Deliver2Me dan pembayaran tanpa tunai dalam kedai menerusi Setel Wallet. Ciri-ciri ini menyediakan kemudahan yang lebih besar di samping memaksimumkan keselamatan pengguna Setel di stesen-stesen PETRONAS seluruh negara.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Menerusi Deliver2Me, pengguna Setel boleh membeli barangan terpilih di rangkaian Kedai Mesra yang mengambil bahagian dan menikmati penghantaran terus barangan tersebut ke kenderaan semasa sedang mengisi petrol. Deliver2Me menawarkan pilihan yang mudah untuk berbelanja tanpa perlu meninggalkan keselesaan dan keselamatan kenderaan mereka.

Bagi pengguna yang lebih gemar berbelanja di kedai, Setel memperkenalkan sistem tanpa tunai untuk membuat pembayaran dengan mudah di 800 rangkaian Kedai Mesra yang mengambil bahagian menggunakan Setel Wallet. Ia sekali gus mengurangkan sentuhan fizikal yang minimum dan pengguna bukan sahaja dapat memperoleh mata ganjaran Mesra, malah menebusnya terus daripada aplikasi tersebut.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin, pihaknya sentiasa berusaha keras dalam memberikan pengalaman yang menyenangkan dan lancar kepada pelanggan, bukan setakat dalam pembelian petrol sahaja. Tambah beliau, mereka juga berbesar hati menawarkan kemudahan yang lebih banyak kepada lebih 1.5 juta pengguna Setel dengan memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai di Kedai Mesra.

Deliver2Me kini boleh digunakan di enam stesen PETRONAS yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan akan diperluaskan secara berperingkat ke semua stesen yang menggunakan Setel di seluruh negara bermula pada suku pertama 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply