ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setelah 103 tahun berkhidmat, akhirnya turn table manual terakhir di Malaysia dibongkar

Berita Tempatan

Views

KTM Berhad menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, turn table manual terakhir di Malaysia yang terletak di Tumpat dibongkarkan pada hari ini, jam 11.30 pagi setelah 103 tahun digunakan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kerja-kerja pembongkaran selesai dilaksanakan pada jam 1.00 petang. Pegawai Operasi Tumpat En. Azman Hasan, berkata tujuan ia dibongkarkan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan baharu yang menghubungkan Depoh Tumpat ke bahagian pencucian tren.

Turn table tersebut akan ditempatkan ke lokasi baharu sejurus perbincangan lanjut dilakukan sebagai simpanan sebahagian sejarah kereta api untuk tatapan generasi akan datang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Untuk rekod, turn table mula digunakan pada tahun 1913 di Depoh Stokereta Tumpat, Kelantan yang pada ketika itu di bawah pentadbiran Federated Malay States Railway (FMSR). Ia dibina di England dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Syarikat Patent Shaft & Axletree Engineers Co. Ld.

Fungsi turn table ini adalah untuk memusingkan lokomotif bagi menukarkan arah kedudukan ruang pemandu.
Keunikan turn table ini terletak pada titik graviti yang sangat sempurna, iaitu boleh dipusingkan dengan menggunakan dua hingga tiga orang kakitangan sahaja dalam satu-satu masa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Berhad

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply