ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setelah sedekad, Proton kembali ke bumi Afrika Selatan – Lancar dua model, X70 dan X50

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton kini secara rasminya kembali ke Afrika Selatan setelah sedekad meninggalkan pasaran negara tersebut. Pelancaran semula jenama itu telah diadakan oleh pengedar rasminya iaitu Combined Motor Holdings (CMH).

Serentak dengan itu juga, dua model SUV telah dilancarkan iaitu X70 dan X50. Kedua-dua model tersebut didatangkan secara siap bina (CBU) dan ia akan disusuli oleh model sedan, Saga pada awal tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif CMH, Jebb McIntosh berkata, apabila jenama Proton dibuka untuk pengedaran, peluang tersebut telah diambil oleh CMH atas beberapa sebab, salah satunya terdapat jurang dalam pasaran SUV yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Tambahnya, terdapat banyak jenama mewah yang menjual SUV di Afrika Selatan, tetapi kebanyakannya tidak mampu dimiliki oleh pembeli kereta biasa di negara tersebut. CMH merancang untuk membuka sebanyak 25 pengedar dalam tempoh enam bulan.

Sebanyak 17 cawangan pengedar telah pun menjalani latihan jualan dan teknikal. Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana rangkaian penuh alat ganti juga sudah tersedia di pusat pengedarannya.

Jualan eksport kekal sebagai bahagian penting dalam rancangan perniagaan Proton. Bagi tahun 2022, jualan eksport pada akhir bulan Ogos berjumlah 4,040 unit, meningkat sebanyak 33.9 peratus berbanding dengan jumlah jualan pada tahun sebelumnya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dengan penambahan Afrika Selatan dalam senarai pasaran eksport, Proton berharap dapat menamatkan tahun ini dengan peratusan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, pihaknya sedang giat mengembangkan jualan eksport keranapercaya ia adalah salah satu tonggak kepada peningkatan jumlah keseluruhan mereka.

Tambah beliau, terdapat banyak potensi untuk pertumbuhan dalam pasaran antarabangsa, bukan sahaja untuk jenama Proton tetapi untuk industri automotif tempatan juga. Oleh itu, Proton ingin bertapak kukuh sementara pasaran ini masih boleh diakses.

Matlamat Proton adalah untuk mencapai 6,000 jualan eksport tahun ini dan sedang gigih berusaha untuk mengenal pasti rakan kongsi yang sesuai untuk memasuki lebih banyak negara bagi mencapai matlamat yang lebih besar pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply