ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setengah jam lepas curi kereta, penyamun maut kemalangan

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja maut setelah kenderaan yang dicurinya terbabit kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 20.5 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Johor Bahru, pagi tadi. Harian Metro melaporkan, kemalangan pada 7.30 pagi itu membabitkan sebuah Proton Exora dipandu penjenayah, Perodua Kelisa dan Myvi.

Rakan jenayahnya turut mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di Zon Merah, Hospital Sultan Ismail (HSI). Pemandu kereta Kelisa, lelaki berusia 40 tahun cedera di kaki kiri serta tulang leher, manakala dua kanak-kanak lelaki berusia 5 dan 8 tahun yang juga penumpang kenderaan itu masing-masing cedera di muka dan kepala.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Sementara itu, wanita berusia 38 tahun yang memandu kereta Myvi, pula cedera di bahagian tangan dan kaki kanan. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Exora yang dicuri dipandu lelaki berusia 18 tahun bersama penumpang lelaki berusia 22 tahun dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan.

Jelas beliau, kenderaan itu kemudian terbabas ke bahagian kanan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung secara berhadapan dengan kereta Perodua Kelisa dan Myvi. Tambahnya, akibat rempuhan tersebut, pemandu Proton Exora parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpangnya mengalami pendarahan di bahagian kepala.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Ismail berkata, kesemua mangsa dihantar ke HSI untuk rawatan lanjut. Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati sebelum kemalangan, berlaku satu kejadian samun di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, kira-kira 7 pagi. Katanya, berdasarkan maklumat awal daripada pemilik Proton Exora, dia disamun dua lelaki manakala kenderaannya dilarikan.

Semakan juga mendapati lelaki yang maut mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan rakannya mempunyai tujuh rekod jenayah lampau. Kata Ismail lagi, kes kemalangan disiasat oleh IPD Seri Alam mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, manakala kes jenayah disiasat oleh IPD Johor Bahru Selatan (JBS).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply