ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell kekal pelicir nombor satu di Malaysia

Views

Shell kekal sebagai peneraju pasaran pelincir di Malaysia bagi tahun 2015 dengan bahagian pasaran sebanyak 27 peratus menurut laporan Kline & Company’s Global Lubricants Industry: Market Analysis and Assessment 2016 yang diterbitkan baru-baru ini. Di Malaysia, Shell memegang pasaran sebanyak 31 peratus dalam sektor kenderaan penumpang bermotor, 31 peratus dalam sektor kenderaan perdagangan, dan 20 peratus dalam sektor mesin perindustrian.

Shell juga diiktiraf sebagai jenama pilihan bagi kereta dan motosikal di negara ini. Malaysia adalah antara 3 pasaran teratas bagi perniagaan global Shell Lubricants. Kejayaan Shell disokong oleh pendekatan mereka yang mementingkan pelanggan, inovasi produk dan perkhidmatan yang berterusan, kepimpinan teknologi, pelaburan jenama dan pasukan yang kuat.

Baru baru ini Shell Malaysia telah membawa tujuh rakan niaga terbaik, yang juga pemilik bengkel Waranti Enjin Shell Helix berdaftar, dalam lawatan khas ke Marseille, Perancis bagi mengiktiraf sumbangan mereka. Tujuh rakyat Malaysia tersebut menyertai lebih 160 orang tetamu dari 17 negara lain ke pertandingan memandu bersama BMW Motorsport di Circuit Paul Ricard. Ia dibawakan oleh Kerjasama Teknologi Premium Shell Helix Ultra dengan BMW Motorsport.

Shell Helix adalah minyak enjin yang pertama dan satu-satunya yang menawarkan Waranti Enjin Lanjutan Percuma di Malaysia untuk tempoh 12 tahun. Program waranti yang diperkenalkan pada Mei 2016 ini ditawarkan secara percuma dengan setiap pembelian minyak enjin Shell Helix Ultra atau Shell Helix HX7, bagi kereta yang berusia kurang daripada lapan tahun dan mempunyai jarak perjalanan yang kurang daripada 100,000 kilometer.

Shell Helix, jenama minyak motor Shell yang terlaris di Malaysia, merekodkan peningkatan lebih 200% bagi langganan program Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W.) di kalangan pengguna sejak ia dilancarkan enam bulan lalu dengan kerjasama AXA Assistance.

KLIK UNTUK BESARKAN

shell-helix-brand-ambassadors-at-the-launch-of-shell-helix-engine-warran the-malaysian-contingent-enjoying-a-cruise-in-marseille thumbs-up-for-the-bmw-motorsport-driving-experience thumbs-up-for-the-bmw-motorsport-driving-experience_2 top-malaysian-shew-issuers-celebrating-their-france-trip

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply