ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia ambil langkah tambahan cegah penularan COVID-19

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia kekal komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan para pelanggan dan pekerja dalam tempoh mencabar ini. Dengan itu, Shell telah melaksanakan beberapa garis panduan pencegahan bagi memastikan semua stesennya berada dalam keadaan selamat untuk para pelanggan dan pekerja.

Pembasmian kuman
Shell telah mengambil langkah lebih ketat bagi memastikan pembasmian kuman di kawasan yang kerap disentuh di semua 950 stesennya seluruh negara. Kawasan yang kerap disentuh terletak di kawasan pengisian minyak, Shell Select dan fasiliti yang sering terdedah atau digunakan oleh pelanggan.

Setiap jam, kawasan seperti pam minyak, nozel, pad pin, dispenser pengimbang udara, pemegang pintu, tingkap pembayaran, kawasan juruwang, dispenser tisu, suis, pili dan sinki akan dibersihkan dengan cecair pembasmi kuman.

Keselamatan di kedai Makanan dan Serbaneka – Deli2go, Select dan jenama pihak ketiga
Shell telah melaksanakan hanya bawa pulang atau penghantaran sahaja pada masa ini. Shell juga menjalankan pembasmian kuman setiap jam di semua titik sentuh pelanggan termasuk skrin sentuh mesin kopi, kaunter Deli2go, pemegang rak pameran pastri.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Pembersihan tandas dilakukan lebih kerap
Kekerapan pembersihan tandas di stesen Shell telah ditingkatkan kepada setiap satu jam dengan langkah untuk memastikan air dan sabun sentiasa tersedia.

Penanda penjarakkan sosial di stesen
Penanda penjarakkan sosial akan diletakkan di kedai, kawasan tingkap pembayaran dan poster ‘Penjarakkan Sosial’ juga dipamerkan di pintu masuk kedai.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, keselamatan dan kebersihan stesen Shell menjadi keutamaan mereka. Pelanggan juga tidak perlu rasa bimbang apabila mereka berada di stesen Shell kerana mereka komited dengan persekitaran yang bersih dan selamat.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Tambah beliau, pihaknya mempunyai lebih dari 10,000 pekerja di lapangan yang membantu untuk memastikan stesen mereka terus beroperasi. “Wira lapangan” inilah yang memastikan inisiatif tambahan seperti pembersihan, pembasmian kuman dan mereka juga akan memastikan semua pengangkutan penting, ambulan, logistik dan perkhidmatan penting terus bergerak semasa situasi sukar ini.

Pekerja stesen
Semua kakitangan di stesen Shell akan sentiasa dipantau tahap kesihatan, termasuklah mengimbas suhu badan sebelum memulakan syif. Mereka juga akan dibekalkan dengan topeng muka, sarung tangan nitril dan mematuhi penjarakkan sosial untuk menjaga kesihatan dan keselamatan.

Shell menggesa semua pelanggan untuk mengamalkan tabiat keselamatan yang teliti seperti penggunaan sanitizer tangan secara kerap semasa berada di stesen. Shell juga menasihatkan semua pelanggan untuk membuka sarung tangan atau plastik bagi mengelakkan hubungan statik semasa mengisi minyak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply