ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia lancar minyak enjin neutral karbon pertama daripada gas asli, harga RM 280

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia hari ini melancarkan minyak enjin neutral karbon (carbon neutral) pertama sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna, tanpa berkompromi dengan prestasi tinggi dan perlindungan enjin.

Minyak enjin ini juga merupakan minyak pelincir neutral karbon pertama yang dihasilkan daripada gas asli. Pelancaran pada hari ini juga adalah sejajar dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga pelepasan sifar bersih pada 2050.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Ivan Tan, berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada para pelanggan, daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api, dan kini pelincir karbon neutral.

Produk Shell seperti Shell Helix Power 5W terbaharu ini merupakan initisiatif tambahan usaha mereka yang sedia ada bagi mengurangkan tahap intensiti karbon secara bertanggungjawab di dalam operasi minyak dan gas, dan pelaburan dalam sumber tenaga rendah karbon.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Portfolio global kredit karbon berasaskan alam semula jadi akan mengimbangi pelepasan CO2e daripada keseluruhan kitaran hayat produk-produk ini, termasuk bahan mentah, pembungkusan, pengeluaran, pengedaran, penggunaan pelanggan dan perlupusan produk.

Shell turut bekerjasama dengan projek-projek di seluruh dunia yang membantu mengurangkan pelepasan CO2e, selain meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tempatan dan melindungi biodiversiti.

Pelanggan memilih Shell Helix kerana ia direka untuk prestasi tinggi enjin dan meningkatkan ekonomi bahan api. Bersama Shell dan produk serta perkhidmatannya yang berbeza daripada yang lain, ia akan membantu pelanggan membuat pilihan yang lebih mudah.

Pengurus Besar, Perniagaan Shell Lubricant Malaysia & Singapura Nyon Kam Yew berkata, Shell Malaysia memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon di bawah rangkaian sintetik penuh super premium, Helix Power and Protect.

Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus, yang dihasilkan daripada 99.5 peratus minyak asas tulen daripada gas asli, serta dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Sempena pelancaran ini, Shell Helix juga turut memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Shell Helix Power 5W-40 direka khas untuk kenderaan berkuasa dan berprestasi tinggi, dan sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden yang menggunakan petrol dan diesel.

Ia kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM 280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM 280.80 di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, pengguna akan mendapat sebuah pembesar suara Bluetooth percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai terlibat, selagi stok masih ada.

Bagi memastikan ketulenan produk sebelum pembelian, para pelanggan digalakkan untuk mencari logo “Untuk Pasaran Malaysia” di bahagian hadapan label botol.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply