ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia umum pemenang pertama peraduan ‘Win a Trip with Shell’

Views

Shell Malaysia telah mengumumkan pemenang pertama peraduan ‘Win a Trip with Shell’ pada pelancaran rasminya baru-baru ini. Peraduan tersebut telah pun bermula sejak 17 Disember 2018 dan akan berakhir pada 31 Mac 2019. Ia bakal memberi ganjaran kepada seorang pemenang dan pasangannya setiap minggu dengan pakej percutian sama ada ke Itali, New Zealand atau Korea Selatan. Pelanggan hanya perlu berbelanja minima RM40 di stesen Shell seluruh negara untuk layak menyertai peraduan ini.

Rakyat Malaysia sememangnya suka melancong dan menurut kajian Expedia, mereka kerap melancong walaupun menyedari kosnya yang agak tinggi. Kajian ini telah memberi inspirasi kepada Shell untuk mengadakan peraduan ini yang bakal memberi peluang kepada para pelanggannya untuk mendapat tawaran percutian sekali seumur hidup apabila mereka singgah di stesen Shell, sama ada mengisi minyak atau membeli produk terpilih yang dijual di Shell Kedai dan Shell Selectstore sepanjang tempoh promosi.

Menurut Pengarah Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pelanggan adalah keutamaan mereka di Shell dan mahu menjadikan perjalanan lebih baik buat semua. Shell tahu rakyat Malaysia suka mencari pengalaman baharu dengan melancong dan itulah yang memberi inspirasi untuk menganjurkan peraduan ini.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Hanya tiga langkah mudah untuk menyertai peraduan ini:

  1. Pelanggan perlu berbelanja minima RM40 di stesen Shell seluruh negara.
  2. Pilih destinasi sama ada Itali, New Zealand atau Korea Selatan dalam borang peraduan.
  3. Hantar borang peraduan bersama resit sah untuk berpeluang memenangi pakej percutian.

Pelanggan boleh membeli mana-mana produk berikut seperti minyak, minyak pelincir atau mana-mana produk yang dijual sama ada di Shell Kedai dan Shell Selectstore (tidak termasuk pembelian rokok, produk E-bayaran dan tambah nilai Touch N Go). Sempena pelancaran rasmi kempen tersebut, Wan Muhammad Fathi Bin Wan Nik Kamal telah diumumkan sebagai pemenang pertama peraduan tersebut. Beliau yang berusia 35 tahun dan berasal dari Kedah telah memilih New Zealand sebagai destinasi impiannya.

Katanya kemenangan ini sememangnya tidak dijangka dan mengucapkan terima kasih kepada Shell kerana memberi peluang ini kepadanya. Sepanjang tempoh peraduan, turut berlangsung jerayawara di seluruh negara yang menampilkan paparan interaktif untuk mempersembahkan hadiah utama. Pelanggan yang memilih Itali boleh mencuba simulasi perlumbaan F1, bagi mereka yang memilih New Zealand pula boleh mencuba sorakan Haka manakala mereka yang memilih Korea Selatan boleh mencuba tarian K-Pop.

Jerayawara ini bakal diadakan di lokasi-lokasi berikut:

  • Tesco Kepong, Kepong (11 –13 Januari)
  • Sunway Pyramid, Subang Jaya (17 –20 Januari)
  • East Coast Mall, Kuantan (31 Januari –3 Februari)
  • KSL City Mall, Johor Bahru (15–17 Februari)
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang (21 –24 Februari)
  • Aeon Station 18, Ipoh (26 Februari –3 Mac)

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply