ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell perkenal kereta konsep cekap tenaga

Views

Shell telah memperkenalkan sebuah kereta konsep bandar yang jika dikomersilkan, hanya menggunakan tenaga kurang dari 34% sepanjang kitaran hayatnya berbanding dengan kereta bandar yang lain di UK. Ia juga menggunakan hanya separuh tenaga yang diperlukan untuk dibina dan digerakkan, berbanding kereta kecil untuk keluarga dan kurang 69 peratus dari sebuah SUV.

Kereta dengan tiga tempat duduk ini adalah gabungan proses kejuruteraan bersama reka bentuk badan, enjin dan pelincir. Cetusan idea kereta konsep ini adalah dari rekaan kereta bandar T.25 ciptaan Gordon Murray Design (GMD) pada tahun 2010 dan pada masa yang sama juga Shell turut menghasilkan minyak pelincir prototaip yang mampu meningkatkan kecekapan tenaganya. Dengan berat bersih hanya 550 kg, kereta konsep ini dibina menggunakan platform iStream GMD yang telah dipatenkan Gordon Murray Design.

Pengalaman Murray dalam sukan Formula 1 telah digunakan sepenuhnya untuk membina sebuah kereta yang ringan dan kukuh. Kebanyakan komponennya diperbuat menggunakan teknologi cetakan 3D untuk mempercepatkan proses pembinaan prototaipnya. Badan kereta menggunakan bahan serat karbon kitar semula dan kosnya hanya suku daripada kereta konvesional yang menggunakan keluli. Yang paling menarik hampir keseluruhan kereta ini boleh dikitar semula pada penghujung hayatnya.

Kereta ini telah diuji di fasiliti ujian automotif yang diiktiraf di UK bersama-sama kereta untuk dibandingkan sukatan pengunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida. Dalam ujian formal yang dilakukan oleh NEDC, kereta konsep Shell ini menghasilkan pelepasan karbon dioksida lebih rendah berbanding dengan kereta bandar berenjin petrol (28 peratus) dan kereta hibrid (32 peratus).

Shell Concept Car launched in collaboration with Geo Technology and Gordon Murray Design

Penggunaan bahan api kereta ini adalah purata 38 km untuk setiap satu liter petrol pada kelajuan 70 km/j dan kadar emisinya 4.67 g untuk setiap kilometer pada kitaran NEDC. Ia meningkatkan sebanyak lima peratus kecekapan bahan api berbanding bahan pelincir biasa.

Shell telah membekalkan semua bendalir untuk kereta tersebut, termasuklah minyak enjin ‘rekaan khas’ untuk meningkatkan kecekapan kenderaan tersebut dengan mengurangkan geseran. Selain itu, pakar enjin dari Geo Technology, Osamu Goto telah mengoptimakan kecekapan enjin petrol tiga-silinder dengan mengolah semula rekaan kebanyakan komponen dalaman enjin tersebut yang terlibat dengan geseran.

Kereta konsep Shell ini menampilkan rekaan yang ‘tinggi dan sempit’ dengan posisi pemanduan di tengah dan dua penumpang di belakang. Ia sekaligus menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan di dalam bandar. Shell menyediakan kesemua bahan bendalir dan pelincir untuk kereta ini, termasuk pelincir enjin rekaan khas untuk meningkatkan tahap kecekapan tenaga keseluruhan kereta ini, secara prinsipalnya dengan mengurangkan geseran.

“Kereta kami mungkin kecil, tetapi ia dipenuhi dengan potensi. Kami mahu membawa perbincangan bagaimana membina kereta yang lebih cekap tenaga dan kurang pembentukan karbon ke tahap yang lebih tinggi. Pada minggu dan bulan yang akan datang, kami mahu berkongsi hasil penyelidikan kami dari projek ini dengan pereka enjin, pengeluar kenderaan, ahli akademik, dan pakar-pakar yang lain dalam seluruh sektor automotif,” kata Dr. Andrew Hepher, Naib Presiden kumpulan penyelidikan pelinciran Shell.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Shell Concept Car_Side Angled Shell Concept Car, Gordon Murray, Bob Mainwaring and Hidehito Ik Shell Concept Car_Back - 5MB Shell Concept Car_Dashboard Shell Concept Car_Profile Shell Concept Car_Side Angled, Door Up

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply