ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell terus perjuang keselamatan jalan raya menerusi karnival #ShellSelamatSampai

Berita Tempatan

Views

Shell siang tadi telah menganjurkan Karnival Keselamatan Jalan Raya #ShellSelamatSampai yang pertama sebagai sebahagian daripada inisiatif keselamatan jalan rayanya, di Putrajaya.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Yang Berbahagia Dato Jana Santhiran Muniayan, yang mewakili Timbalan Menteri Pengangkutan Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi Habibollah.

Shell mempunyai sejarah yang lama dalam memperjuangkan keselamatan jalan raya di kalangan rakyat Malaysia. Usaha Shell dalam mempromosikan keselamatan jalan raya menjangkau lebih enam dekad dan telah memberi manfaat kepada lebih 1 juta murid sekolah di seluruh negara.

Dengan karnival ini, Shell berharap dapat berhubung dengan masyarakat dengan cara yang menarik dan menyeronokkan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Menurut Pengerusi Shell Malaysia dan Naib Presiden Kanan, Shell Malaysia Huluan, Siti Sulaiman, berkata Shell akan terus berusaha, memainkan peranan mereka untuk menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua orang.

Karnival itu juga dimulakan dengan Larian ‘Fun Run’ #ShellSelamatSampai, perlumbaan mesra sejauh 5km. Peserta larian ini dilepaskan oleh Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur.

Antara aktiviti lain termasuklah sesi perkongsian mengenai penyelenggaraan motosikal oleh pasukan Shell Advance, mempelajari titik buta kenderaan berat menggunakan dua lori tangki Shell yang dilengkapi dengan pandangan 360 darjah dan Peranti Pengesanan Keletihan Aktif (AFDD), yang menggetarkan tempat duduk pemandu untuk memberi amaran kepada pemandu apabila mereka letih.

Pengunjung juga boleh mencuba mesin peyakin tali ledar dan simulator pemanduan. Karnival itu turut menyediakan hiburan dan permainan untuk seisi keluarga.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Terdapat juga pameran oleh rakan kongsi keselamatan jalan raya Shell, dan JPJ mempunyai trak mudah alih pembaharuan lesen memandu. Persatuan Trak Makanan Putrajaya dan Shell Café menyediakan makanan dan minuman.

Selain itu, Modul e-Pembelajaran #ShellSelamatSampai turut dimasukkan ke dalam portal DELIMa Kementerian Pendidikan yang memberi pendidikan keselamatan jalan raya kepada 2.5 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

#ShellSelamatSampai Varsity Challenge pula memperkasakan pelajar universiti untuk membangunkan penyelesaian intervensi keselamatan jalan raya dengan cara yang inovatif untuk mempromosikan keselamatan jalan raya.

Shell Malaysia mengucapkan terima kasih buat rakan kongsi yang sentiasa menyokong iaitu Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan, PanduLaju dan ramai lagi yang telah menyumbangkan masa dan kepakaran mereka untuk menjayakan program ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply